awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry akan adakan lawatan kerja ke New Zealand

Bernama
Bernama
02/05/2023
09:37 MYT
Zambry akan adakan lawatan kerja ke New Zealand
Zambry akan mengambil peluang untuk bertemu dengan diaspora Malaysia di New Zealand, termasuk pelajar dan komuniti perniagaan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja sulungnya ke New Zealand dari 2 hingga 4 Mei, atas undangan rakan sejawatan Nanaia Mahuta.
New Zealand merupakan negara Pasifik yang pertama dilawati oleh Zambry sejak dilantik menyandang jawatan itu pada Dis 2022.
Semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu Mahuta, kedua-dua menteri akan membincangkan status kerjasama dan hubungan dua hala sedia ada, di samping bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, menurut Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua menteri juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani dokumen Rakan Kerjasama Startegik Malaysia - New Zealand oleh pegawai kanan KLN dan Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.
Perkongsian strategik ini dijangka meningkatkan kerjasama dua hala sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi
"Lawatan berkenaan juga mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia-New Zealand yang telah lama terjalin," menurut kenyataan itu.
Zambry juga akan mengambil peluang untuk bertemu dengan diaspora Malaysia di New Zealand, termasuk pelajar dan komuniti perniagaan.
New Zealand kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik.
Jumlah dagangan pada 2022 bernilai RM11.3 bilion (US$2.56 bilion), meningkat 49.6 peratus berbanding RM7.55 bilion (AS$1.82 bilion) pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#New Zealand
#Zambry Abdul Kadir
#lawatan kerja sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan