awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry hadiri Mesyuarat Pleno PBB, terjemah komitmen Malaysia tangani konflik di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2023
03:15 MYT
Zambry hadiri Mesyuarat Pleno PBB, terjemah komitmen Malaysia tangani konflik di Gaza
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dijadual menghadiri dan menyampaikan Kenyataan Negara di Mesyuarat Pleno Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dijadual menghadiri dan menyampaikan Kenyataan Negara di Mesyuarat Pleno Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.
Menteri Luar juga akan menyertai Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB mengenai Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin bermula hari ini hingga esok (29 November 2023), kata Wisma Putra.
Penyertaan Malaysia, menurut Wisma Putra, di kedua-dua mesyuarat tersebut bersama-sama negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Arab dan negara-negara sepemikiran di platform PBB bertujuan meningkatkan momentum dan tekanan supaya hak mutlak rakyat Palestin dikembalikan.
"Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB berlangsung pada hari yang sama dengan sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Palestin.
"Zambry akan menggesa Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan efektif bagi memastikan gencatan senjata berkekalan.
"Selain itu gesaan untuk menyediakan koridor yang selamat bagi tujuan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa sebarang halangan; dan menolak sebarang sikap pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa dan penetapan standard moral," jelas Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kata Wisma Putra juga, penyertaan Malaysia di kedua-dua mesyuarat tersebut menzahirkan komitmen kuat negara dalam usaha menangani konflik di Gaza.
Langkah ini turut menterjemahkan solidariti yang berterusan dan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#PBB
#Wisma Putra
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan