awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zarena dinasihat mendapatkan pengesahan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah

Bernama
Bernama
11/06/2014
00:49 MYT
Zarena dinasihat mendapatkan pengesahan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa - Gambar fail
Majlis Agama Islam (Mais) menasihati seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengamalkan kehidupan sebagai seorang Islam, agar memfailkan permohonan pengesahan status agamanya di Makhamah Tinggi Syariah.
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata ia berikutan permohonan pengesahan status agama tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.
"Hari ini, satu pertemuan telah diadakan antara Mais dan Puan Zarena serta wakil keluarga berhubung isu siasatan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) semasa resepsi perkahwinan Puan Zarena yang dijalankan di sebuah kuil pada 1 Jun lepas.
"Dalam perbincangan tadi, Mais telah menasihati dia untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Syariah... melalui cara itu juga, pihak Mais dan Jais akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kesnya di mahkamah kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 pagi itu, Jais dilapor melakukan serbuan ke atas satu majlis perkahwinan di sebuah kuil di Petaling Jaya sebelum menahan pengantin wanita.
Mais turut menafikan bahawa Jais melakukan serbuan ke atas kuil itu sebaliknya hanya mengambil keterangan pengantin perempuan dan pihak keluarga tanpa menimbulkan sebarang ketegangan dalam majlis perkahwinan berkenaan.
"Wakil keluarga mengakui bahawa proses siasatan oleh pihak Jais telah dilaksanakan dengan penuh rasa hormat tanpa menyinggung perasan ahli keluarga dan tetamu yang hadir, pihak kami turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan," demikian menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi Syariah
#MAIS
#wanita murtad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan