awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers

Astro Arena
Astro Arena
18/04/2024
09:15 MYT
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk. - Stadium Astro
AKTRES cantik, Zendaya sekali lagi tampil menarik perhatian ketika memperagakan gaun hijau neon sewaktu tayangan perdana filem tenis Challengers di Los Angeles baru-baru ini.
Pelakon Dune, 27, membawa watak utama sebagai bintang tenis bercita-cita tinggi, Tashi Duncan yang dilamun percintaan.
Pastinya tiada siapa yang setanding Zendaya dalam aksi di permaidani merah yang sentiasa tampil dengan gaya tersendiri dan tidak takut mengenakan sedikit kelainan dalam berpakaian.
Untuk filem terbarunya Challengers, walaupun promosi filem itu banyak memaparkan cinta segi tiga antara watak Zendaya dan pelakon bersama Josh O'Connor dan Mike Faist, dia menjelaskan bahawa tiada adegan 'panas' difilemkan.
Menekankan keghairahan metafora yang wujud dalam sukan tenis, pelakon itu, menekankan bagaimana sukan tenis berfungsi sebagai saluran untuk mempamerkan pelbagai emosi seperti keinginan, keghairahan, kesakitan, kemarahan, dan kekecewaan.
Zendaya menghuraikan penggunaan watak tenis sebagai alat komunikasi apabila ekspresi lisan gagal.
Dijadual untuk ditayangkan pada 26 April, Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
Dia beralih kepada melatih rakan sekerjanya, Art, yang dimainkan oleh Mike Faist yang kemudian telah jatuh cinta dan akhirnya berkahwin.
Selama bertahun-tahun, pelakon itu telah memanfaatkan wataknya dengan cara yang paling inventif daripada penampilan busana Valentino untuk Spider-Man hingga ke detik Mugler vintaj yang sangat diingati untuk tayangan perdana Dune 2 yang lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Zendaya
#filem wirawati tenis
#permaidani merah
#Challengers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan