KUALA LUMPUR:Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB. Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu kenyataan ringkas, Zeti berkata bahawa beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Zeti bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut memandangkan beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke atas Najib yang masih berjalan.
"Oleh itu, pada pandangan saya, ini akan menganggu perbicaraan yang sedang berjalan dan berpotensi menjadi sub judice untuk saya membuat sebarang kenyataan ketika ini. Saya ingin mengulangi bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020

Zeti bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut memandangkan beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke atas Najib yang masih berjalan. - Gambar fail

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Usaha kerajaan pinda Akta 535 hanya hilangkan keistimewaan Tabung Haji - Asyraf Wajidi
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menentang sekeras kerasnya usaha kerajaan menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuk pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook
Mahkamah Tinggi mengeluarkan amaran keras kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pendakwaan mohon mahkamah keluarkan amaran tegas kepada Najib serang Zeti di media sosial
Gopal Sri Ram membangkitkan perkara itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berikutan komen dalam talian yang dimuat naik Najib.

Zeti nafi keluarga terbabit skandal 1MDB
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jalan Universiti diganti dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer merupakan antara jalan utama menghubungkan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, dibina pada 1960.

PNB: Lebih 200,000 akaun baharu sepanjang 2020
Jumlah keseluruhan akaun adalah sebanyak 14.5 juta, dengan 12.2 juta pemegang akaun unit.

Dividen ASN 2.02 sen
Pengagihan pendapatan ini memberikan hasil dividen 3.18 peratus berdasarkan jangkaan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 31 Disember 2020.

PNB umum dividen ASB 4.25 sen, ehsan 0.75 sen
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pendapatan sehingga 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset.

Pemergian Prof Ungku Aziz: Sultan Selangor zahir ucapan takziah buat keluarga
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz yang meninggal dunia petang tadi.