KUALA LUMPUR: Program Ziarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prihatin 3.0 membuka ruang kepada bintang veteran tanah air membuat kemunculan semula bagi memeriahkan kembali industri seni tanah air.
Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, menerusi platfom itu penerbit berpeluang menghubungi 'orang lama' dalam industri yang menyepi dan terpinggir bagi menawarkan peluang berlakon serta menyanyi seperti pernah diceburi mereka sebelum ini.
"Program Finas Prihatin membuka ruang kepada artis veteran yang dilupakan. Selain daripada ziarah, ada juga artis yang diziarahi mendapat peluang untuk bergiat semula dalam bidang seni masing-masing," katanya selepas Program Ziarah Finas Prihatin 3.0 bersama penggiat industri kreatif di sini hari ini.
Menerusi lawatan kali ini, tujuh penggiat seni veteran telah dilawati antaranya pelakon Datuk Rahim Razali dan Rozie Othman serta penyanyi veteran Datin Julie Sudiro dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM1,000 serta barangan keperluan asas.
Barangan keperluan asas itu disumbangkan oleh rakan strategik Finas iaitu CDERT Ohhsem Angkatan Pertahanan Awam, GISB Holdings, Yayasan Felda, Koperasi Al-Najah (KL) Berhad dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).
Sementara itu, Rahim yang pernah menjadi pengarah bagi filem seperti Abang, Tsue Feh Sofiah dan Anak Sarawak berkata, meskipun mencecah usia 82 tahun, beliau masih lagi aktif dalam industri perfileman walaupun tawaran kini tidak sebanyak dulu.
"Saya akan terus aktif dalam bidang saya amat sukai iaitu perfileman, kebudayaan serta kesenian dan kalau dipanjangkan umur, saya menaruh harapan dan berniat untuk melahirkan satu lagi filem terakhir sebagai penulis serta pengarah, sama ada tahun ini atau tahun hadapan," katanya.
Sementara itu, penyanyi lagu pop, keroncong dan jazz handalan, Julie turut menzahirkan penghargaan atas kunjungan serta sumbangan yang diterima kerana ia membuktikan masih ada yang mengingati beliau dan rakan seperjuangannya.
Sebanyak 50 penggiat seni veteran yang dilawati sepanjang Ziarah Finas 3.0 diadakan pada bulan Ramadan dengan jumlah dana sebanyak RM50,000.
Program itu bertujuan menyalurkan sumbangan dan penghargaan kepada penggiat industri kreatif terutama artis veteran yang mengalami masalah kesihatan, keuzuran dan terputus pendapatan akibat penularan COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021
Zakaria Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada bintang veteran legenda, Julie Sudiro sempena Program Ziarah Finas Prihatin 3.0. - Gambar BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Ziarah Finas buka ruang artis veteran sertai kembali industri seni
Program Finas Prihatin membuka ruang kepada artis veteran yang dilupakan untuk kembali bergiat dalam bidang seni.