awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2024
09:39 MYT
Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
Zii Jia merangkul kejuaraan Terbuka Thailand setelah menewaskan pemain Hong Kong straight set di Bangkok pada Sabtu. - Foto/ BAM
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.
Kejayaan tersebut diraih setelah pemain pilihan keenam kejohanan itu menumpaskan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus secara straight set dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nimibutr.
Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia mudah menundukkan Ka Long 21-11 pada set pertama dalam kejohanan berstatus Super 500 itu.
Pemain berusia 26 tahun itu kemudian meneruskan momentum positif pada set kedua untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dalam tempoh 34 minit ketika Ka Long dilihat bagai hilang arah dalam tempo permainannya.
Kemenangan itu sekali gus menyamakan kemenangan Zii Jia kepada empat daripada lapan pertemuan dengan Ka Long yang dibimbing legenda badminton negara, Wong Choong Hann.
Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu adalah dalam pusingan kedua Indonesia Mastes pada Januari lalu yang menyaksikan Zii Jia mengatasi Ka Long 22-20, 21-15.
Kejohanan itu menawarkan hadiah AS$420,00 (RM1.96 juta) dengan juara bagi acara perseorangan membawa pulang hadiah AS$31,500 (RM147,656), manakala tempat kedua meraih AS$15,690 (RM73,546)
Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia meraih gelaran antarabangsa ialah pada Terbuka Artik di Finland 15 Oktober tahun lalu.
Zii Jia pernah merangkul gelaran pertama Terbuka Thailand pada edisi 2022 selepas menewaskan pemain China, Li Shi Feng di pentas final. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Terbuka Thailand
#Juara
#prestasi terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan