awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zika: Sekolah dilarang lawat Singapura, Filipina - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2016
08:35 MYT
Zika: Sekolah dilarang lawat Singapura, Filipina - Mahdzir
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan agar semua sekolah di seluruh negara tidak mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura dan Filipina buat sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran virus Zika.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata arahan larangan itu berkuat kuasa 1 September lalu dibuat hasil mesyuarat profesional KPM.
“Kita telah membuat larangan melalui surat kepada semua jabatan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan sekolah supaya kalau boleh lawatan ke Singapura dan Filipina pada waktu ini ditangguhkan disebabkan virus Zika yang sedang melanda negara berkenaan.
“Kita juga telah keluarkan pekeliling arahan kepada semua kawasan zon sekolah PPD supaya dibuat pembersihan sama ada oleh syarikat pembersihan ataupun dalam bentuk gotong royong dengan ibu bapa supaya semua sekolah bebas daripada menjadi sarang Aedes,” kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian tenggara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, di sini.
Turut hadir, timbalan menteri kesejahteraan bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan ketua UMNO bahagian, Datuk Dr Adham Baba.
Jelasnya lagi, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada semua pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.
Namun, tiada larangan kepada mana-mana pihak sekolah yang telah menyusun perjalanan dan tetap mahu meneruskan.
Walau bagaimanapun, pihak sekolah dinasihatkan untuk memanfaatkan cuti sekolah supaya kegiatan pembersihan dilakukan.
Topic Berkaitan
#ke Singapura dan Filipina
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#KPM
#lawatan sambil belajar
#Mahdzir Khalid
#penyebaran virus Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan