SOLO (Indonesia): Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
Pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 dan dua kali juara dunia pada 2013 dan 2017 itu, akan beraksi dalam acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan.
Sekiranya Muhammad Ziyad, yang meraih gangsa di Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei lepas berjaya merangkul emas, ia bakal menjadi emas keempat berturut-turutnya di APG sejak edisi 2013 di Myanmar.
Malaysia juga berpeluang untuk meraih pingat menerusi Mohamad Aliff Mohamad Awi pada acara sama, manakala seorang lagi bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi turut diharapkan menyumbang emas buat kem negara.
Selain itu, kilauan emas juga dijangka hadir menerusi Eddy Bernard dalam acara lompat jauh lelaki F44/64, R. Partiban (100m lelaki T38) dan Muhammad Amirul Alif Abdul Raof (lontar peluru lelaki F55).
Bagi saingan renang di Pusat Renang Jatidiri, Semarang, Mohd Adib Iqbal Abdullah (100m kuak dada lelaki SB14) dan Abd Halim Mohammad (kuak dada lelaki SB8) menjadi sandaran untuk menghadirkan pingat bagi Malaysia.
Sementara itu, hari pertama pertandingan semalam menyaksikan skuad memanah mempamerkan aksi terpuji apabila S.Suresh dan Nurfaizal Hamzah merekodkan catatan peribadi terbaik mereka menerusi recurve lelaki manakala G.Deneshan melakukan catatan terbaik musim ini.
Tiada acara pingat melibatkan kontinjen Malaysia semalam manakala emas pertama temasya dimenangi oleh tuan rumah menerusi acara badminton berpasukan lelaki (berdiri) selepas menewaskan Thailand dan Vietnam 3-0.
Thailand yang mengatasi Vietnam 2-1 pada acara yang menggunakan format liga sepusingan (round robin), membawa pulang perak manakala tiada gangsa dihadiahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Ziyad akan beraksi dalam acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan. - Gambar fail
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Kerajaan Punjab, Pakistan tutup sekolah untuk kanak-kanak berisiko tinggi kerana kualiti udara memburuk
Pada Khamis, Lahore mencatatkan AQI sebanyak 201, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai 'bencana'.
Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.
PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.
APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.
APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.
APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.