KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk memindahkan kes beliau supaya didengar bersama permohonan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Permohonan itu adalah semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept lepas yang memerintahkan Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Zizie Izette memindahkan kesnya untuk didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid selepas peguam M. Athimulan memaklumkan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan.
Pada prosiding hari ini, Athimulan turut memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan memohon untuk menyatukan permohonan semakan Zizie Izette dan Bung Moktar pada 11 Okt ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria memaklumkan pemberita di luar mahkamah bahawa pihaknya akan berhujah semasa prosiding pendengaran permohonan semakan yang difailkan pasangan tersebut di hadapan Azhar pada 17 Okt ini.
Pada 23 Sept lepas, Sequerah membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah mereka di Mahkamah Sesyen selepas pasangan itu memfailkan notis usul untuk menyemak semula serta mengetepikan keputusan Hakim Rozina Ayob.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya memfailkan permohonan secara berasingan pada 19 Sept lepas antara lain memohon Mahkamah Tinggi memanggil serta memeriksa rekod prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang mendengar dan memutuskan agar mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah serta bersubahat.
Mereka memohon Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen atas alasan hakim yang mendengar perbicaraan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan bahawa pemohon menerima suapan daripada dua ejen pelaburan, yang merupakan saksi utama dalam kes itu.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima rasuah daripada ejen Public Mutual iaitu Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk memindahkan kes beliau supaya didengar bersama permohonan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Gambar fail
'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ
Tunku Ismail tidak gentar untuk terus lantang bersuara demi kepentingan rakyat Johor.
Haji: Pertukaran jadual hanya untuk isu fiqh wanita dan kesihatan
Rozila berkata, jadual penerbangan pulang biasanya diatur sebelum keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci lagi.
Bahasa Mandarin bantu dalam kerjaya
Beberapa individu bukan Cina berkongsi bagaimana penguasaan bahasa Mandarin telah memberikan 'nilai tambah' kepada mereka.
Legenda Liverpool, Alan Hansen sedang tenat di hospital
Buat masa sekarang, tiada maklumat penuh diperoleh, namun pengurusan juara EFL itu sedang mendapatkan informasi lanjut melalui keluarganya.
Murid bukan Cina 'bersinar' di SJKC
Guru-guru SJKC tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan kehadiran murid bukan Cina mungkin mempengaruhi prestasi keseluruhan sekolah.
EPL: Jadon Sancho akan dijual, Man Utd cari pemain baru
Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini.
AWANI Pagi: TVET sebagai laluan kerjaya utama
Sempena Hari TVET Negara 2024, penyampai Astro AWANI, Farhan Hakimi mengupas industri baharu yang menjadikan TVET sebagai laluan kerjaya utama.
Jemaah daftar pakej tidak potong "queue", perlu dapat tawaran haji daripada TH
Mana-mana jemaah yang mendaftar dengan agensi pelancongan perlu mendapat surat tawaran mengerjakan haji daripada TH.
EPL: Tuchel tarik diri jadi jurulatih baru Man Utd
Bekas jurulatih Chelsea itu tiada perancangan untuk mengambil alih tugasan selaku pengurus untuk Manchester United.
Menteri Israel Benny Gantz umum letak jawatan
Menteri Israel Benny Gantz mengumumkan peletakan jawatannya daripada kerajaan darurat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette pada 29 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Dis untuk pengurusan kes berhubung pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri daripada tiga pertuduhan rasuah.
Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isteri
Peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette semasa dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
Bung Moktar, Zizie Izette lepas bebas kes rasuah RM2.8 juta
Susulan keputusan itu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid melepas dan membebaskan pasangan suami isteri itu daripada tuduhan berkenaan.
Bicara bela diri Bung Moktar, Zizie Izette tangguh
Prosiding bela diri Bung Moktar dan Zizie Izette, yang didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan dijadualkan selama sembilan hari bermula hari ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Rayuan hantar semula permohonan semakan Bung Moktar, Zizie Izette ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan mengembalikan semula permohonan semakan yang difailkan Bung Moktar Radin dan Zizie Izette Abdul Samad ke Mahkamah Tinggi.
Bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar, Zizie Izette didengar 7 Julai
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Julai depan untuk mendengar bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.
Pendakwaan bantah rayuan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan mahkamah
Pihak pendakwaan memfailkan bantahan awal terhadap rayuan Bung Moktar dan Zizie Izette berhubung keputusan mahkamah yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.
Pengurusan kes Bung Moktar, Zizie Izette ditetapkan 22 Mei
Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Bung Moktar dan isteri Zizie Izette terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen.
Rasuah: Bung Moktar, isteri beri keterangan bermula 15 Jun
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen pada 15 Jun.