Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Pengarah Veterinar Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli berkata, pihaknya meminimumkan pergerakan penjaga zoo ke kandang-kandang serta waktu bekerja mereka dihadkan hanya empat jam sehari.
"Oleh kerana sudah ada dua tiga kes membabitkan penjangkitan daripada manusia kepada haiwan dilaporkan, maka langkah berjaga-jaga perlu diambil terutamanya bagi mereka yang sentiasa terdedah kepada haiwan ataupun bekerja di zoo," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, media antarabangsa melaporkan seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 setelah dipercayai terdedah kepada seorang kakitangannya yang positif.
Pekerja itu dilaporkan tidak menunjukkan gejala semasa menjaga haiwan berkenaan.
Secara amnya, beliau berkata, ada kemungkinan jangkitan COVID-19 boleh berlaku daripada manusia kepada haiwan jika pesakit itu melakukan kontak rapat terhadap haiwan dan menambah kata, setakat ini tiada bukti jelas bahawa jangkitan haiwan peliharaan boleh merebak kepada manusia atau haiwan lain.
Dr Mat Naim berkata, haiwan yang dijangkiti COVID-19 mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan atau mengalami tanda jangkitan rendah.
Orang ramai yang memiliki haiwan peliharaan, terutamanya anjing dan kucing, diminta jangan panik untuk ke klinik veterinar bagi pemeriksaan kesihatan.
"Setakat ini, kita tidak ada 'test kit' COVID-19 khusus kepada haiwan peliharaan di klinik-klinik veterinar, jadi tidak gunanya berpusu-pusu ke klinik jika anjing atau kucing mereka didapati ada simptom batuk dan selesema.
"Yang penting jaga kebersihan diri, rajin basuh tangan terutamanya sebelum dan selepas mengendalikan haiwan," katanya.
Sesiapa yang didapati positif COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuk haiwan peliharaan mereka, katanya.
Sementara itu, Dr Mat Naim berkata, pihaknya menyambut baik sumbangan orang ramai terutamanya berbentuk makanan haiwan dan peralatan pembersihan zoo.
"Setakat ini, kami sudah mengumpul kira-kira RM200,000 kutipan derma daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap lebih 300 jenis haiwan yang ada di Zoo Negara dan kami masih lagi perlu sumbangan dari segi sayur-sayuran dan buah-buahan untuk makanan.
"Oleh itu, mereka yang berminat untuk menderma sumbangan makanan haiwan dan alat-alat pembersihan zoo seperti plastik sampah, penyapu dan seumpama boleh menghubungi 03-41083422 bagi maklumat lanjut," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Pengurusan Zoo Negara meminimumkan pergerakan penjaga zoo ke kandang-kandang serta waktu bekerja mereka dihadkan hanya empat jam sehari. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (2 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis Australia tahan 13 individu selepas rampasan terbesar kokain
Polis Australia menangkap dan mendakwa 13 individu selepas rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Banjir | Industri Tenaga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cuaca | Kepengerusian ASEAN | Guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pascabanjir: Mangsa banjir di Kelantan mula bersihkan rumah, cuaca cerah
Keadaan banjir mula surut dan cuaca cerah sejak semalam memberi peluang kepada mangsa banjir di Tanah Merah, untuk pulang membersihkan rumah masing-masing.
Agenda AWANI: Banjir terburuk di Kelantan
Perkembangan terkini situasi banjir di negeri Kelantan bersama wartawan @501Awani @FirdausAzil dan @HasimiM dalam #AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia cabar sistem yang meminggirkan negara membangun
Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema keterangkuman dan kemampanan mewakili cabaran langsung kepada sistem yang meminggirkan negara membangun.
AWANI Tonight 2 Dec 2024
#AWANITonight with @fayekwan_
1. No need to postpone SPM during floods - MoE
2. Balancing online safety with transparency and freedom of expression
#AWANIEnglish #AWANINews
1. No need to postpone SPM during floods - MoE
2. Balancing online safety with transparency and freedom of expression
#AWANIEnglish #AWANINews
Banjir di Arena Kepayang: Polis tempatkan balai bergerak mudahkan penduduk buat laporan
Balai polis bergerak ditempatkan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, bermula hari ini bertujuan memudahkan penduduk membuat laporan berkaitan banjir tanpa perlu hadir ke balai polis.
AWANI Tonight: ‘Brain rot’ Oxford word of the year 2024
The term “brain rot” has been announced as the Oxford Word of the Year for 2024, following a public vote on six shortlisted words that included “demure” and “dynamic pricing”.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.