awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/01/2026
09:46 MYT
BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar
Anwar berkata ketetapan baharu itu akan menyelaraskan semua sistem pendidikan negara di bawah kerangka yang sama, sekali gus menamatkan kekeliruan dan polemik berkaitan kesetaraan laluan akademik ke pendidikan tinggi. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Semua sekolah di negara ini termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Semua sekolah di negara diwewajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Keputusan itu bertujuan untuk menyelaraskan sistem pendidikan negara agar semua aliran pendidikan berada di bawah kerangka yang sama, mengakhiri kontroversi tentang kesetaraan akses ke pendidikan tinggi.
  • Anwar menegaskan bahawa sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz juga perlu mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai syarat menerima bantuan kerajaan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata ketetapan baharu itu akan menyelaraskan semua sistem pendidikan negara di bawah kerangka yang sama, sekali gus menamatkan kekeliruan dan polemik berkaitan kesetaraan laluan akademik ke pendidikan tinggi.
"Keadaan sudah berubah...majoriti besar pelajar aliran UEC dan sekolah antarabangsa mengambil SPM tetapi dalam aturan sekarang, (subjek) Bahasa Melayu dan Sejarah diwajibkan bagi sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat dan semua sekolah aliran Cina atau UEC.
"Maka dengan kaedah ini, jalur mereka ke pendidikan tinggi tidak lagi sepatutnya menjadi kontroversi," katanya pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Anwar berkata sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz yang kian berkembang dengan jumlah pelajar melebihi 400,000 orang, tidak terkecuali daripada ketetapan kerajaan berkenaan.
"Mereka boleh kekalkan manhaj tarbiah dan kitab-kitab masing-masing...kita tidak akan usik. Tetapi sebagai syarat menerima bantuan kerajaan, mereka juga diwajibkan mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah," katanya.
Sambil berkongsi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai kedudukan bahasa Melayu ketika merasmikan sidang Parlimen semalam, Anwar berkata kerajaan juga mahu memastikan bahasa kebangsaan itu terus dimartabatkan sebagai bahasa ilmu dan lingua franca negara.
"Negara telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, maka penguasaannya bukan sekadar menguasai, tetapi perlu ditingkatkan...kurikulum di sekolah dan universiti harus diperkasakan seiring tuntutan masa," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mesti ditingkatkan agar subjek itu tidak diajar secara sambil lewa, memandangkan Malaysia merupakan negara perdagangan yang bergantung kepada interaksi global.
"Bahasa Inggeris harus diberi lebih keutamaan sebagai bahasa kedua. Standard dan mutu pengajaran mesti ditingkatkan," katanya.
Anwar berkata penguasaan bahasa Inggeris penting dalam transformasi digital, peralihan tenaga, kecerdasan buatan (AI) dan bidang ilmu berkaitan masa depan.
Anwar turut mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menyediakan guru yang mencukupi bagi semua bahasa utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta bahasa pilihan seperti Mandarin, Tamil dan Arab agar keperluan pelajar di semua sekolah kebangsaan dipenuhi dengan baik.
"Jadi pilihan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab mesti ada di sekolah-sekolah bagi anak-anak yang memilih untuk menguasai bidang-bidang itu.
"Kita harap dapat selesaikan kontroversi bahasa tidak berkesudahan. Saya dibesarkan tahun 50-60-an.. perseteruan soal bahasa dan konflik bahasa itu hangat. Tahun 2026 dengan dasar ini, insya-Allah kita tamatkan polemik bahasa," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan penting yang diumumkan oleh Perdana Menteri berkenaan pendidikan di negara ini? A: Perdana Menteri mengumumkan bahawa semua sekolah di negara ini diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Q: Mengapa keputusan ini diperlukan dan apa tujuannya? A: Keputusan ini bertujuan untuk menyelaraskan sistem pendidikan negara di bawah kerangka yang sama, mengakhiri kontroversi mengenai kesetaraan akses ke pendidikan tinggi.
  • Q: Apakah kumpulan sekolah yang turut diwajibkan mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut ketetapan baru ini? A: Sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz juga dikehendaki mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai syarat menerima bantuan kerajaan.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035
#sekolah antarabangsa
#UEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan