awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Taiping umum kelahiran anak badak air, 16 kura-kura Sulcata

Bernama
Bernama
31/10/2024
12:15 MYT
Zoo Taiping umum kelahiran anak badak air, 16 kura-kura Sulcata
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menerima ‘ahli baharu’ dengan kelahiran seekor anak badak air dan 16 anak Kura-kura Sulcata. - Foto Facebook Zoo Taiping & Night Safari
IPOH: Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menerima ‘ahli baharu’ dengan kelahiran seekor anak badak air (Hippopotamus amphibius), pada 5 Jun lepas.
ZTNS dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan badak air itu dilahirkan oleh induknya bernama 'Lek'.
"Lek berusia 32 tahun berasal dari Zoo Bangkok manakala bapa anak badak air berkenaan iaitu April berumur 22 tahun dilahirkan di ZTNS.
"Sebelum ini, Lek pernah melahirkan seekor badak air pada 2016 yang diberi nama Atan. Dengan kelahiran baharu ini, ZTNS kini mempunyai empat ekor badak air," menurut ZTNS hari ini.
Sementara itu, ZTNS turut menyambut kelahiran 16 anak Kura-kura Sulcata (Geochelone sulcata) yang dianggap sebagai kejayaan ulung bagi pembiakan spesies berkenaan di zoo itu.
Kesemua anak kura-kura itu sedang menjalani tempoh kuarantin dan pemantauan rapi bagi memastikan tahap kesihatan serta perkembangan berada pada tahap terbaik sebelum dipertontonkan kepada pengunjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zoo Taiping
#kelahiran
#anak badak air
#kura-kura Sulcata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan