awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Anak saudara juruterbang reda jika hanya terima cebisan tubuh

Bernama
Bernama
27/07/2014
09:14 MYT
MH17: Anak saudara juruterbang reda jika hanya terima cebisan tubuh
Kapten Wan Amran Wan Hussin - foto Bernama
"Jika mayat bapa saudara saya tidak sempurna, sekurang-kurangnya cebisan anggota tubuhnya sudah memadai agar ada pusara untuk diziarahi pada bulan Syawal," kata Nur Suazlin Dusuki, anak saudara juruterbang Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Suazlin, 25, berkata keluarganya bersedia menerima jasad Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, sekalipun jika ditakdirkan jenazahnya tidak sempurna.
"Saya kini dapat menerima hakikat bahawa ayah Ran (panggilan Wan Amran) telah pergi buat selama-lamanya dalam keadaan yang amat tragis," katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kuala Kangsar, Perak hari ini.
Menurut Suazlin keluarganya belum memutuskan lokasi pengebumian namun berkemungkinan besar akan disemadikan di Putrajaya bagi memenuhi permintaan isteri arwah.
Semalam seorang anggota Pasukan Penyelamat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, Koperal Constatine Anji, 29, berkata kebanyakan mayat mangsa dilihat tidak sempurna.
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk, Timur Ukraine, dipercayai akibat ditembak.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#mayat
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan