Suasana sepi menyelubungi galeri khas 'Reflection MH17' di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, Ahad walaupun ramai pelancong asing dan rakyat tempatan memenuhi ruang itu bagi memberi penghormatan sempena genap sebulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Hujan renyai di sekitar Amsterdam sejak awal pagi seolah-olah turut menangisi pemergian kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas itu pada 17 Julai lepas, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Tinjauan Bernama di galeri itu mendapati ada pelawat yang meletakkan kuntuman bunga, surat, mesej, gambar, lilin, bendera dan pelbagai barangan sebagai tanda takziah dan kenangan buat mangsa.
Ada yang bertafakur, ada yang memeluk anggota keluarga sambil menangis ketika mendekati sudut yang memaparkan gambar dan maklumat mengenai kesemua penumpang dan anak kapal MH17.
Kesan titisan air mata juga menjadi sebahagian daripada kandungan di dalam buku takziah di galeri itu, yang menurut petugas galeri berkenaan yang enggan dikenali, berpuluh-puluh buku takziah telah disediakan di ruang itu sejak bulan lepas.
Seorang pelancong kanak-kanak dari Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Leonardo, 10, berkata beliau menulis "Kami akan sentiasa bersama anda" di dalam buku takziah itu.
Seorang gadis tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Maaike, 20, percaya kesemua mangsa nahas itu pasti dikenangi selama-lamanya terutamanya dalam kalangan rakyat Belanda.
Seorang petugas di lapangan terbang itu pula berkata hatinya sentiasa sedih dan sayu setiap kali melalui galeri itu dan berharap roh kesemua mangsa tenang.
Para pengunjung galeri itu tidak ketinggalan merakamkan takziah khusus buat juruterbang dan anak kapal MAS yang terkorban.
Penjaga parkir, Bashah dari Surinam berkata: "Saya amat sedih dengan tragedi ini, dan saya bersimpati dengan negara anda yang terpaksa berdepan dengan tragedi dua pesawat."
Selain pesawat MH17 yang ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab di Donestk, timur Ukraine bulan lepas, Malaysia masih lagi kesedihan dengan kehilangan Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.
Gerakan mencari MH370, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan di selatan Lautan Hindi.
Bernama
Sun Aug 17 2014
Sebuah galeri awam "Reflections MH 17" di buka di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol. - Foto BERNAMA
Kerajan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Perak pertimbang wujud galeri khas khazanah seni negeri
Karya yang mengetengahkan kawasan di Lembah Lenggong itu dapat dijadikan khazanah berharga untuk negeri ini.
MH17: Genap sebulan tragedi, ingatan terhadap mangsa terus segar
Orang ramai memberi penghormatan kepada mangsa nahas Penerbangan MH17 sempena genap sebulan tragedi itu berlaku.