awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih gesa polis siasat laporan keganasan politik

Haider Yutim
Haider Yutim
25/04/2013
13:25 MYT
Bersih gesa polis siasat laporan keganasan politik
Badan pemerhati politik Bersih 2.0 menggesa pihak polis untuk menyiasat semua insiden keganasan politik kerana perkara berkenaan semakin membimbangkan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini mengumumkan sejumlah 1,056 kes keganasan politik telah direkodkan sejak pembubaran parlimen pada 3 April lepas dengan 387 kes direkodkan sejak hari penamaan calon.
"Ini sesuatu yang tidak menyenangkan kerana sebarang perselisihan haruslah diselesaikan dengan cara baik tanpa sebarang ancaman dan keganasan," menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Khas Etika Pelaksanaan Bersih 2.0 Irene Fernandez.
Bersih 2.0 turut mengutuk segala bentuk keganasan politik dengan menggesa semua calon dan parti politik agar telus, dipercayai dan tidak mengamalkan keganasan dalam kempen yang dijalankan.
"Rakyat Malaysia menjangkakan mereka yang bertanding akan mengamalkan etika tingkah laku yang tinggi," kata Fernandez.
Antara kes yang dilaporkan termasuk satu letupan yang berlaku di Nibong Tebal sewaktu ceramah BN 23 April lepas yang mencederakan seorang mangsa. Sebiji bom turut ditemui berhampiran pusat operasi BN di kawasan berkenaan.
Awal bulan ini, Bersih 2.0 telah mengingatkan parti politik yang bertanding dalam PRU-13 untuk mengamalkan kempen yang bersih dan telus. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan nama mereka diseneraihitamkan.
Kumpulan berkenaan turut mengamalkan kod etika peserta pilihan raya dan kerajaan sementara seperti ucapan yang mengundang permusuhan, kempen memburuk-burukkan, ugutan dan keganasan.
Bersih 2.0 turut menggesa semua parti menghormati kebebasan media dan pemerhati pilihan raya untuk menjalankan tugas mereka.
Topic Berkaitan
#Bersih
#diseneraihitamkan
#Irene Fernandez
#keganasanPRU13
#Nibong Tebal
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan