awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN janji bina hospital di Kapar - Najib

Hakim Rahman
Hakim Rahman
03/05/2013
10:22 MYT
BN janji bina hospital di Kapar - Najib
Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membina sebuah hospital di kawasan Parlimen Kapar sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembinaan tapak hospital berkenaan akan disediakan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) Sime Darby Property Berhad.
"Sime Darby telahpun mengkhaskan tapak untuk hospital kerajaan,"
"Kerajaan negeri yang baru juga akan menaiktaraf Pasar Besar Jalan Meru dan Pasar Pekan Kapar," katanya.
Tambahnya, kerajaan juga akan membina Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Beliau mengumumkan akujanji tambahan BN peringkat negeri Selangor itu ketika berucap di majlis pelancaran rumah mampu milik Sime Darby Property di Bukit Raja, hari ini.
Pada majlis sama Najib turut mengumumkan pembinaan 2090 unit rumah teres 2 tingkat mampu milik di Bandar Bukit Raja, Klang.
Rumah yang dijual pada harga di bawah RM400 ribu itu dijangka siap pada tahun 2016.
Tambah Najib, projek berkenaan menunjukkan komitmen kerajaan BN untuk membina sejuta unit rumah mampu milik seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN dalam PRU-13.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#election
#GE-13
#GE13
#kapar
#najib
#pakatan
#PAS
#pilihan raya
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan