awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini bukan budaya Malaysia" -- Tun M

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2013
12:25 MYT
"Ini bukan budaya Malaysia" -- Tun M
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata kejadian letupan bom di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal Pulau Pinang adalah bukan budaya Malaysia dan tidak patut berlaku.
Sambil memandang serius perkara itu, beliau berkata Malaysia negara yang aman dan mempunyai pemerintah yang menjiwai rakyat dan kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku sebagaimana yang berlaku di negara yang mengamalkan sistem kuku besi.
"Ini bukan budaya orang Malaysia, ini budaya tiru orang mereka telah belajar daripada negara yang mana kerajaannya mungkin kerajaan kuku besi," kata Dr Mahathir.
Katanya lagi setiap lima tahun pilihan raya umum akan diadakan dan rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang akan menyambung pemerintahan.
Beliau menyeru supaya rakyat menggunakan peluang ini sebaik mungkin tetapi bukan dengan menggunakan kekerasan.
Beliau berharap pihak berwajib akan segera bertindak bagi mengeak kejadian sama berulang dan berharap rakyat membantah tindakan yang menggunakan taktik ini semasa tempoh berkempen untuk mengugat keselamatan negara.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamed di Kuala Nerang, Kedah.
Kelmarin ceramah anjuran BN Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.
Kejadian itu menyebabkan seorang pertugas keselamatan cedera di kaki kanan.
Siang tadi Kementerian Pertahanan Negara memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat supaya jangan bertindak melampau batas sehingga boleh menggugat ketenteraman negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia sebuah negara demokrasi dan aman justeru tindakan menakutkan rakyat dengan cara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan kejadian letupan di Nibong Tebal, Pulau Pinang dilakukan pihak tertentu yang cuba mencemarkan proses pilihan raya umum ke-13 dengan membawa masuk keganasan atas nama politik.
Katanya perbuatan itu adalah serius dan boleh mencetuskan ketegangan tatkala rakyat sedang bersedia membuang undi pada 5 Mei ini.
"Ada had dan batasan dalam kita nak berpolitik. Ada had dan batasan untuk menuding jari terhadap orang lain. Ada had dan batasan nak dapat simpati daripada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Sekampung di Felda Kahang Timur di sini Khamis.
Hishammuddin mengulas kejadian letupan bom di kawasan ceramah berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal, di sini malam kelmarin yang turut mencederakan seorang pekerja keselamatan.
Topic Berkaitan
#BN
#budaya
#Malaysia
#Nibong Tebal
#TUN DR MAHATHIR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan