awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu perluas kerjasama melangkaui ASEAN, intai perkongsian dengan Maldives

Bernama
Bernama
28/04/2025
13:22 MYT
Malaysia mahu perluas kerjasama melangkaui ASEAN, intai perkongsian dengan Maldives
Anwar semasa ucaptama pada Forum Perniagaan Maldives-Malaysia 2025, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam ASEAN dan juga dengan negara jiran lain seperti Maldives, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun Malaysia mengutamakan hubungan lebih erat dalam kalangan negara anggota ASEAN, namun ia juga perlu meluaskan penglibatannya melangkaui rantau ini ke negara-negara sahabat yang berkongsi aspirasi bersama untuk pembangunan dan kemakmuran.
"Dalam konteks ini, Maldives merupakan rakan penting. Kami menghargai bukan sahaja hubungan antara rakyat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Maldives tetapi juga melihat potensi yang sangat besar untuk mengembangkan kerjasama kami dalam perdagangan, pelaburan, inovasi digital dan kelestarian alam sekitar," kata Anwar menerusi ucaptama beliau pada Forum Perniagaan Maldives-Malaysia 2025, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia, sejak menjadi Presiden pada November 2023, atas jemputan Anwar.
Perdana Menteri berkata Malaysia dan Maldives telah lama bersahabat, berkongsi dasar serta sistem politik yang sama dan mempunyai hubungan dua hala yang kukuh.
"Dengan kepimpinan kerajaan sekarang di Maldives, kini terdapat keazaman untuk memajukan negara dengan dasar yang lebih jelas," kata beliau.
Terdahulu, Anwar dan Muizzu menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman dan dua perjanjian meliputi pelbagai sektor bagi mengukuhkan kerjasama untuk manfaat bersama.
Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Maldives meningkat sebanyak 4.3 peratus kepada US$189 juta (RM862.7 juta) daripada US$180.9 juta (RM827.3 juta) pada 2023, menjadikan negara kepulauan itu rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#lawatan rasmi
#ASEAN
#inovasi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan