Pertembungan antara dua nama besar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) mendapat perhatian bukan sahaja masyarakat Johor tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.
Pertandingan yang akan dapat ditentukan keputusannya pada 5 Mei depan jadi perhatian kerana ia menjadi medan ujian kepada kedua-dua pakatan politik itu.
Di sebelah kanan, BN yang memerintah Johor sejak merdeka mempertaruhkan nasib Pengerusi BN Negeri Datuk Abdul Ghani Othman, yang juga Menteri Besar Johor selama 4 penggal sejak 1995.
Manakala di sebelah kiri pula, PR yang berhasrat ingin meluaskan pengaruhnya di negeri itu meletakkan masa depan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang juga anak kelahiran Batu Pahat.
Pertandingan ini dikatakan sebagai satu ujian kerana di satu pihak, keputusan BN meletakkan Abdul Ghani sedikit sebanyak telah melukakan hati jentera MCA Gelang Patah yang menginginkan ketuanya, Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab isu ini meminta Jason agar menghormati keputusan pimpinan tertinggi parti sekaligus turut serta dalam usaha memastikan kemenangan Abdul Ghani.
Namun jangan dilupa, pengumuman Kit Siang sebagai calon PR oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan Mac lepas juga tidak berjalan selicin yang diharapkan.
Pengumuman itu dilihat sebagai campurtangan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat untuk mengendurkan pertelingkahan antara jentera PKR dan DAP Johor berhubung isu pembahagian kerusi itu dan telah mengakibatkan Pengerusi PKR negeri Datuk Seri Dr Chua Jui Meng 'merajuk' seketika.
Biar apa pun kesan sampingannya, apa yang penting di sini BN dan PR melihat berbaloi untuk meletakkan calon 'berpengalaman' walaupun ia bermakna salah seorang daripada mereka akan 'terkubur' di situ.
Dalam pertandingan ini, pemerhati politik melihat BN meletakkan Abdul Ghani kerana faktor pengalaman beliau dalam pentadbiran negeri Johor. Selepas 18 tahun menjadi Menteri Besar, Abdul Ghani bukan sahaja fasih tentang selok belok politik di negeri itu malah sudah pasti mempunyai pengikut setianya yang tersendiri.
Walaupun Abdul Ghani pada awalnya dikatakan sudah bersedia untuk tidak bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum kali ini, beliau dilihat calon yang terbaik untuk menentang Kit Siang kerana dipercayai mampu menyatukan undi Melayu, Cina dan India di Gelang Patah.
Ini berbeza dengan strategi PR yang meletakkan Kit Siang selepas yakin undi masyarakat Cina yang mewakili lebih 50 peratus komposisi pengundi di situ sudah berubah arah sepenuhnya menolak BN.
Kehadiran Kit Siang di Gelang Patah pada masa sama diharap akan memberikan sokongan moral kepada jentera DAP di Johor sekaligus memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi oleh PR di negeri berkenaan.
Dalam keadaan BN dilanda tsunami politik pada 2008, calon MCA, Tan Ah Eng berjaya mempertahankan kerusi Gelang Patah daripada terlepas ke tangan calon PKR, Zaliha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi.
Jika BN berjaya mengekalkan kerusi ini, ia bakal jadi isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Johor masih lagi merupakan kubu kuat kepada BN dan tiang seri UMNO yang menunjangi parti pemerintah.
Jika sebaliknya berlaku, ia bakal memberikan asas yang kukuh kepada PR untuk menawan keseluruhan Johor pada masa depan.
Harris Hardy Hakim
Tue Apr 16 2013
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Dr Mahathir gesa kerajaan usir Lockheed Martin, BAE Systems dari Malaysia
Dr Mahathir mendakwa Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata yang besar kepada rejim Zionis untuk menyerang Palestin.
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB
Hari ini, faktor jentera akan memainkan peranan penting kerana kedua-dua calon utama sudah diperkenalkan dan tidak lagi dijadikan isu yang berlarutan sehingga timbul curiga di kalangan pengundi.
Tokoh agama terkenal India sertai Persidangan Ketua-Ketua Agama di Kuala Lumpur
Cendekiawan terkenal India Syed Salman Chishty akan menyertai Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.
PM adakan pertemuan secara maya bersama Presiden & CIO Alphabet, Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.
Pantau Agenda Reformasi: Apa kaedah penilaian prestasi penjawat awam?
Apa cara untuk pastikan mutu perkhidmatan dan prestasi penjawat awam adalah setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka?
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Forum Putrajaya 2024: Perkuat diplomasi pertahanan, manfaatkan teknologi baharu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menekankan pentingnya meningkatkan diplomasi pertahanan dan memanfaatkan teknologi baharu untuk menangani ancaman bukan tradisional dan trend yang muncul.
Ancaman keselamatan perlu tindak balas secara kolektif - PM
Cabaran utama ketika ini ialah berinovasi dengan pelbagai cara sebagai benteng negara untuk menghadapi pelbagai ancaman, serta meletakkan asas bagi dunia di mana generasi masa hadapan boleh membangun dalam keamanan, pertahanan yang kukuh dan perkongsian strategik.
Gelang Patah: Uji kesetiaan BN dan PR
Pertembungan antara dua nama besar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dapat sambutan.