KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan 114 Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru dengan sokongan 114 Ahli Parlimen itu, dan daripada perspektif demokrasi berparlimen, Ismail telah mendapatkan majoriti sokongan.

Menurutnya lagi, kini terserah kepada kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam melantik Perdana Menteri kesembilan.

Beliau berkata demikian selepas menghadaop Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di ibu negara di sini, hari ini. 

Ahli Parlimen Pontian itu juga berkata dalam pertemuan ringkas dengan Al-Sultan Abdullah, setiap Ahli Parlimen menyatakan nama dan dari kawasan mana dan tentunya menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri adalah tanpa paksaan, dengan sukarela.

"Itulah antara dialog Ahli Parlimen terutamanya diri saya dengan Yang di-Pertuan Agong. Ini pengalaman penting untuk saya dan 114 Ahli Parlimen yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri," katanya ketika ditemui pihak media di Pintu 2, Istana Negara, di sini hari ini.


[INFOGRAFIK] Jumlah sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?

BACA: Saya sokong Ismail Sabri, beliau sensitif keperluan Sarawak - Wan Junaidi

BACA: Ismail Sabri boleh jadi Perdana Menteri yang baik - Ahmad Maslan

Ketika ditanya tarikh Perdana Menteri baharu untuk mengangkat sumpah, beliau memaklumkan semuanya adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, beliau juga memberi bayangan pilihan raya bakal diadakan sebaik sahaja keadaan COVID-19 di Malaysia semakin reda dan waktunya sesuai untuk dilaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Apabila keadaan stabil, segalanya dan COVID-19 pun dah berkurang, satu ketika yang tidaklah berapa lama saya fikir.

"Pada pandangan saya (pada waktu itu), kita kembalikan mandat kepada rakyat.

"Perbincangan Kabinet itu semua tiada. Hanya khusus pengesahan sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri," ujarnya.

[TERKINI] Pemilihan PM-9 | Sidang media Ahmad Maslan

Dalam pertemuan ringkas tersebut, Ahmad Maslan turut berkata Seri Paduka Baginda juga menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya jaga diri dan kesihatan masing-masing.