awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 Adun Perikatan Nasional bertemu TYT Negeri Melaka petang ini

Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
05/03/2020
05:21 MYT
15 Adun Perikatan Nasional bertemu TYT Negeri Melaka petang ini
Kesemua Adun dilihat bersiap sedia dengan berpakaian kemas serta bersongkok selepas sidang media khas Perikatan Nasional pagi ini. - Foto Astro AWANI
13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua lagi Adun daripada PKR dan DAP dijangka menghadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada petang Khamis.
Kesemua Adun dilihat bersiap sedia dengan berpakaian kemas serta bersongkok selepas sidang media khas Perikatan Nasional pagi ini.
Difahamkan kesemua Adun itu akan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) tanpa nama dua Adun Bersatu iaitu Adun Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Adun Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.
Teka-teki siapa Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka bakal diketahui selewat-lewatnya petang ini menerusi satu kenyataan media yang akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka atas persetujuan Tun Mohd Khalil Yaakob.
Ia sekaligus dijangka menamatkan kemelut politik Melaka yang berterusan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2 Mac lalu.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan Tun Mohd Khalil telah bersetuju agar Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.
Istiadat itu dijadualkan bermula jam 9.00 pagi Jumaat di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Tun Mohd Khalil Yaakob.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Adun Bersatu
#Adun Paya Rumput
#Adun Telok Mas
#DAP
#Ketua Menteri
#Malaysia Airlines
#Malaysia2020
#Media
#Mohd Rafiq Naizamohideen
#Noor Effandi Ahmad
#Pakatan Harapan
#PKR
#politik
#Tun Mohd Khalil Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan