awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

227 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRU14 sehingga semalam

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2018
10:12 MYT
227 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRU14 sehingga semalam
Kira-kira 10,000 pegawai dan anggota polis tambahan ke kontinjen negeri seluruh negara bagi membantu 68,000 anggota sedia ada yang bertugas dan melancarkan proses PRU14 Rabu ini. - Foto Bernama
Sebanyak 227 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula 28 April hingga semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan sepanjang tempoh itu melibatkan kesalahan khianat dan tiada insiden besar berlaku.
"Setakat ini, kita buka 227 kertas siasatan pelbagai kesalahan disiasat. Saya cuma nak beritahu tiada insiden serius berlaku yang mengganggu ketenteraman awam.
"Kertas siasatan yang dibuka lebih kepada kes individu dan kita akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian amanat Pengarah KDNKA sempena PRU14 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan, di sini pada Isnin.
Tambah Zulkifli, beliau berharap agar orang awam mematuhi peraturan dengan tidak berhimpun di mana-mana pusat mengundi selepas selesai membuang undi bagi mengelak kesesakan lalu lintas serta memudahkan pengundi lain membuang undi.
Dalam pada itu, katanya, kira-kira 10,000 pegawai dan anggota polis tambahan ke kontinjen negeri seluruh negara bagi membantu 68,000 anggota sedia ada yang bertugas dan melancarkan proses PRU14 Rabu ini.
"Dari segi persiapan pihak polis, kita telah bersiap sedia sepenuhnya untuk memastikan kelancaran proses PRU14 ini pada hari mengundi sehingga selepas keputusan pilihan raya diumumkan," katanya.
Beliau juga meminta pengundi untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas serta melancarkan proses hari pengundian.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Zulkifli Abdullah
#KDNKA
#kertas siasatan
#khianat
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#PDRM
#polis
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan