KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan empat ahli Parlimennya telah menghantar jawapan kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung isu dakwaan kekosongan empat kerusi Parlimen oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membuat keputusan mengenainya.
"Mereka (Bersatu) sudah menghantar petisyen dan pihak kita yang empat orang ahli Parlimen itu juga telah menghantar jawapan atau petisyen kepada Speaker.
Banyak spekulasi di luar ini, macam-macam tetapi kita di dalam, kita tahu rentetan, keadaan yang berlaku.
"Tetapi saya yakin Speaker akan buat keputusan yang terbaik kerana mereka sebenarnya sudah memenuhi (syarat) bahawa mereka tidak terlibat dalam Akta Anti Lompat Parti ini," jelasnya ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi rumah penduduk yang terjejas akibat dipukul ombak besar di Kampung Tanjung Aru, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan mengenai tindakan Bersatu yang menghantar notis berkaitan kekosongan empat kerusi Parlimen baru-baru ini.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan parti baharu yang akan disertai bekas ahli Bersatu, Hajiji yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kamu tunggu saja dalam masa terdekat ini, kita akan umumkan nanti," katanya.
Media pada Ahad lalu melaporkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee memaklumkan bahawa Bersatu telah menghantar notis kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat menurut Perkara 49A(3) kepada Speaker Dewan Rakyat.
Notis itu bagi memastikan bekas empat ahli Parlimen Sabah Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di bawah logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengosongkan kerusi mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023

Hajiji ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi rumah penduduk yang terjejas akibat dipukul ombak besar di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Sabah lancar Program Oksigen Untuk Rakyat, bantu kurang mampu
Program itu dilaksanakan kerana kerajaan negeri sedar peralatan mesin dan tangki oksigen tidak mampu dimiliki oleh semua pesakit.

Perjelas sebaiknya Malaysia Madani kepada rakyat Sabah - Hajiji
Konsep Malaysia MADANI wajar diperjelas sebaiknya bagi memastikan konsep itu difahami dan memberikan kesan yang terbaik untuk rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.

Dana usahawan Syabas akan diteruskan - Hajiji
Syabas merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Kementerian Belia Dan Sukan kepada usahawan belia serta golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.

Gagasan Rakyat masih pada tahap merangkak - Penganalisis
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menjadi landasan baharu politik bekas ahli dan pemimpin BERSATU Sabah masih lagi di tahap 'merangkak'.

Politik Sabah: Gagasan Rakyat dilancar, GRS kini seratus peratus parti tempatan
Majlis perasmian Gagasan Rakyat disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Hentikan sengketa politik, beri ruang Hajiji majukan Sabah - PM
Tidak sepatutnya politik dijadikan medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di Sabah, tegas Perdana Menteri.

Penjawat awam diseru bantu kerajaan majukan negeri, sejahterakan rakyat Sabah
Anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan diseru untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah dalam usaha memajukan negeri serta mensejahterakan rakyatnya.

Tuduh GRS beli ADUN adalah tidak benar - Hajiji
Hajiji Noor menyifatkan dakwaan pihak tertentu yang menuduh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong beliau telah dibeli atau disogok sebagai tuduhan tidak berasas.

Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.