awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Johari ke KL, jumpa PM dan pemimpin GPS

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
01/03/2020
07:35 MYT
Abang Johari ke KL, jumpa PM dan pemimpin GPS
Abang Johari ke Kuala Lumpur bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin GPS.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadualkan ke Kuala Lumpur pada Ahad bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Abang Johari dilihat menaiki pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Hangar Hornbill Skyways) pada jam 3.30 petang ini.
Mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Bagaimanapun menurut sumber, tidak dinyatakan intipati perkara yang akan dibincangkan.
Abang Johari juga dipercayai akan bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman peribadi Perdana Menteri itu di Bukit Damansara pukul 6 petang ini.
Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing mendedahkan GPS akan mengadakan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen GPS.
Beberapa pemimpin kanan GPS telah berada di Kuala Lumpur termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
BACA: Kehadiran Fadillah di kediaman Muhyiddin sebagai "pemerhati" GPS - Abang Jo
BACA: Mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi GPS di Kuala Lumpur pada Ahad
BACA: Tiada syarat ditetapkan ketika perjumpaan dengan Tun M - Abang Johari
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Ahli Parlimen GPS
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Ketua Menteri
#Mesyuarat Tertutup GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan