Orang Melayu perlu berhati-hati dengan dakyah politik perkauman yang disemarakkan parti pembangkang terutamanya DAP menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, usaha memecahbelahkan undi di kalangan pengundi Melayu itu merupakan sasaran utama DAP bagi mencapai hasrat mereka menawan Putrajaya.
"Muslihat DAP amat licik, mereka cuba pecahkan undi Melayu dengan menjadikan parti serpihan sebagai keldai politik mereka menjelang PRU ke-14.
"Parti pembangkang terutama DAP amat menyedari selagi orang Melayu kekal bersatu dan tidak berpecah adalah amat sukar bagi mereka menguasai kemenangan pada PRU akan datang.
"Jadi, DAP yang mendominasi parti-parti pembangkang dalam gabungan Pakatan Harapan mensasarkan beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu untuk memecahkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: PPBM lahir hasil sokongan DAP - Annuar Musa
BACA: Isu keluar parti: Mukhriz nafi kepimpinan PPBM abaikan pandangan akar umbi
Jelasnya, DAP secara jelas memperalatkan parti serpihan seperti Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR untuk memecahkan majoriti undi Melayu manakala parti rasis tersebut mengekalkan sokongan di kawasan majoriti pengundi Cina.
"DAP tidak akan meletakkan calon mereka bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu kerana menyedari parti itu akan ditolak rakyat.
"Dengan memperalatkan parti serpihan yang diwakili minoriti orang Melayu, DAP berharap blok pembangkang akan memperolehi kemenangan," katanya.
Sehubungan itu tegas Syed Ali, rakyat terutama pengundi Melayu perlu berfikiran matang untuk tidak terperangkap dengan muslihat politik yang dicanangkan DAP kononnya PRU akan datang merupakan peluang pembangkang untuk menguasai negara ini.
"Jika pembangkang menang sekalipun, DAP yang akan mempunyai kuasa mutlak manakala parti serpihan itu sekadar 'pak turut' dan tidak mampu berbuat sebarang keputusan..
"Oleh sebab itulah, DAP memukul gendang kononnya UMNO dan BN akan bungkus kali ini (PRU ke-14), itu adalah prvokasi dan propaganda murahan mereka," tegasnya.
Bagaimanapun beliau yakin, rakyat tidak mudah termakan dengan hasutan propaganda dan dakyah pihak pembangkang.
Dalam hal ini, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa UMNO sengaja bermain dengan sentimen perkauman dengan memburuk-burukkan DAP untuk mengekalkan kemenangan.
Sebaliknya beliau menjelaskan, DAP sejak awal penubuhannya telah membuat deklarasi bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan kaum Cina di negara ini dan menolak kehadiran partri yang mewakili sebahagian besar orang Melayu.
"UMNO tidak membuat dakwaan melulu tetapi realitinya DAP hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja dan juga tidak pernah menyenangi apa juga usaha untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
"Jika benar DAP teras politiknya adalah untuk rakyat berbilang kaum, saya cabar DAP meletakkan calonnya di kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU akan datang," katanya.
Berlainan dengan UMNO dan BN ujar beliau, meletakkan calon tanpa mengira tempat atau pola pengundi kerana matlamatnya adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.
Untuk itu katanya, UMNO yang mewakili kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini perlu berperanan lebih pro-aktif memastikan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO tidak berpecah kepada beberapa kelompok kecil.
Katanya lagi, kewujudan parti-parti serpihan seperti PKR dan PPBM sekadar untuk melunaskan dendam politik pihak berkepentingan yang kecewa.
"Faktanya jelas, wujud parti-parti serpihan asalnya daripada UMNO, keluar parti dan tubuh parti baru kerana ada impian peribadi, paling ketara ada di kalangan mereka bermimpi untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.
Astro Awani
Mon Mar 20 2017
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, usaha memecahbelahkan undi di kalangan pengundi Melayu itu merupakan sasaran utama DAP bagi mencapai hasrat mereka menawan Putrajaya. - Gambar fail
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
Dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
Protes pelajar merebak ke Oxford dan Cambridge
Selepas protes di universiti sekitar Amerika Syarikat dan Oxford, kini pelajar dari Universiti Cambridge pula berdemonstrasi. Mereka menuntut universiti itu dan kolej mereka menamatkan semua kerjasama kewangan dengan syarikat yang dikaitkan dengan Zionis yang dikatakan bernilai £160 juta.
AWANI Borneo [08/05/2024] - Dua ADUN DAP tolak usul | Pengambilalihan Affin Bank | Promosi karya seni Malaysia-China
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 8 Mei 2024
DUN Sarawak lulus usul penghargaan kepada Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak terbuka berkolaborasi dengan rakan strategik
Pameran Seni China Sabah bantu perkukuh hubungan budaya antara dua negara
#AWANIBorneo 8 Mei 2024
DUN Sarawak lulus usul penghargaan kepada Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak terbuka berkolaborasi dengan rakan strategik
Pameran Seni China Sabah bantu perkukuh hubungan budaya antara dua negara
Pameran seni China Sabah perkukuh hubungan dua negara
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berharap Pemeran Seni China-Sabah membantu memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan China.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
660 permohonan diluluskan dari 2018 sehingga Mac 2024
660 individu berusia bawah 21 tahun di sarawak telah diberikan kewarganegaraan daripada keseluruhan 1,453 permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, dalam tempoh 2018 hingga Mac 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pesta Kaamatan platform terbaik pupuk perpaduan rakyat
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru rakyat tanpa mengira kaum dan agama agar terus bersatu padu, saling menghormati dan tidak mudah dipengaruhi dengan anasir yang boleh memudaratkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Keadaan kesihatan YDP Dewan Negara masih membimbangkan
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala memaklumkan keadaan kesihatan YDP Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang kini dirawat di IJN masih membimbangkan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
DUN Sarawak lulus usul penghargaan khas kepada Tun Abdul Taib
Usul ini telah diluluskan setelah melalui 30 perbahasan, dengan dua usul menolak, iaitu daripada ADUN Padungan dan ADUN Pending.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Syarikat penerbangan India terjejas selepas ratusan kru kabin tidak sihat
Puluhan penerbangan Air India Express terganggu selepas ratusan kru kabin secara tiba-tiba melaporkan diri tidak sihat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.