awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis

ADUN lantikan Sabah: Bukti kesungguhan Pas di Sabah - Abdul Hadi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/10/2020
04:01 MYT
ADUN lantikan Sabah: Bukti kesungguhan Pas di Sabah - Abdul Hadi
Abdul Hadi ucap penghargaan kepada Hajiji dan Perdana Menteri atas kepercayaan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pelantikan Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah antara bukti kesungguhan parti itu dalam usaha memperkukuhkan perpaduan, menyemarak pendidikan dan membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kepercayaan itu disifatkan sebagai membuka lembaran baharu kepada Pas Sabah bagi menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Sabah.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan berkenaan.
"Sesungguhnya keberadaan PAS di Sabah sejak lebih 35 tahun adalah bukti kesungguhan Pas dalam usaha memperkukuh perpaduan, menyemarak pendidikan dan membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama.
Kenyataan Media Presiden PAS ADUN (DILANTIK) DI SABAH: SETINGGI PENGHARGAAN pic.twitter.com/OIki4mn8a0
— Abdul Hadi Awang (@abdulhadiawang) October 8, 2020
"Kepada Aliakbar dan Pas Sabah, semoga kalian diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini pada Khamis.
Terdahulu Aliakbar antara individu yang hadir dalam majlis angkat sumpah jawatan menteri, pembantu menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah lantikan berlangsung di Istana Negeri Sabah.
BACA: Pentadbiran Hajiji lengkap hari ini
Topic Berkaitan
#ADUN lantikan
#Jemaah Menteri Sabah
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
#PAS
#Setiausaha Pas Sabah Dr Aliakbar Gulasan
#Aliakbar
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.