JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, keputusan tersebut adalah selari seperti yang ditetapkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Ahad bahawa parti itu tidak lagi bersama PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya yang merupakan ADUN Puteri Wangsa, sebagai wakil MUDA di Johor beliau tidak lagi akan berkongsi blok yang sama dengan PH atau BN.
"Apa maksudnya untuk kedudukan kerusi Puteri Wangsa? Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kedudukan sebelum ini untuk PH dan MUDA adalah di blok pengimbang kerajaan.
"Maka sebagai Timbalan Presiden MUDA, kini saya juga bersama-sama dengan keputusan parti untuk keluar dari kumpulan blok PH dan BN.
"Ini sejajar dengan aspirasi untuk mengekalkan prinsip politik yang telah saya dan MUDA bawa sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang lepas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Walaupun tidak lagi bersama PH, Amira berkata, negeri dan penduduk DUN Puteri Wangsa tetap menjadi keutamaan walau apapun cabaran atau ujian yang akan dihadapi selepas ini.
Beliau akan menggalas mandat yang diberikan rakyat kepadanya pada PRN Johor lalu sehingga pilihan raya akan datang.
"Saya percaya politik baru menuntut setiap satu wakil untuk mengambil tanggungjawab yang dihulur dari rakyat dan pengundi. Keputusan yang MUDA lakukan ini adalah bertujuan untuk terus melindungi amanah tersebut," katanya.
Pada Ahad, MUDA memaklumkan akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Syed Saddiq menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.
Susulan itu pada Isnin, Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng berkata, MUDA kini tidak lagi berada dalam blok pengimbang PH di negeri ini dan langkah tersebut adalah wajar berdasarkan keputusan terkini MUDA selepas tidak lagi sehaluan dengan PH dalam beberapa perkara.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 12 2023

Amira berkata, keputusan tersebut adalah selari seperti yang ditetapkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Ahad bahawa parti itu tidak lagi bersama PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.

ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.