awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGM PPBM: Tidak boleh dilakukan selagi belum susun cawangan, bahagian - Tun M

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
15/11/2017
09:56 MYT
AGM PPBM: Tidak boleh dilakukan selagi belum susun cawangan, bahagian - Tun M
Ditanya sekiranya PPBM tidak memiliki cukup ahli untuk mengadakan AGM, Dr Mahathir menjawab itu bukan masalahnya.
Mesyuarat Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh dibuat selagi penyusunan struktur parti itu di peringkat cawangan dan bahagian belum selesai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Pengerusi PPBM itu berkata, tanpa penyusunan ini, tiada cara untuk menentukan siapa yang layak menghadiri mesyuarat tersebut.
"Parti boleh menunda AGM ke tarikh yang lain. Sudah pasti kita perlu patuh kepada perlembagaan parti.
"Tetapi, pada masa sama, kita perlu nilai juga struktur organisasi parti ketika ini," jelasnya.
Ditanya sekiranya PPBM tidak memiliki cukup ahli untuk mengadakan AGM, Dr Mahathir menjawab itu bukan masalahnya.
"Kami mempunyai bilangan yang ramai tetapi penyusunan organisasi di peringkat bahagian dan cawangan belum selesai," katanya.
Sebelum ini, lapan bahagian PPBM Johor membuat laporan kepada RoS berhubung beberapa isu termasuk kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan AGM selepas setahun ditubuhkan.
Topic Berkaitan
#agm
#Johor
#Mahathir Mohamad
#Mesyuarat Agung Tahunan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan