KUALA LUMPUR: Tawaran-tawaran kerjasama dwipartisan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan dengan serius dalam usaha melaksanakan reformasi undang-undang dan Parlimen ke arah kestabilan politik negara.
Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia berpendapat tawaran yang dicadangkan itu mempunyai impak baik jangka panjang kepada proses demokrasi negara selain mampu mewujudkan senario politik lebih matang dan berhemah.
Justeru katanya, Ahli Parlimen daripada kerajaan mahupun pembangkang wajar mengambil peluang itu dengan mengadakan rundingan untuk mencapai, menstabilkan atau melakukan gencatan politik, agar tumpuan pemulihan kepada impak COVID-19 dapat dilaksanakan.
"Kita harus melihat, sebenarnya tujuan tawaran itu untuk melindungi dan mempertahankan institusi perlembangaan, itu yang penting.
Perkara ini juga perlu diterjemah secara rasional dan praktikal bukannya emosional semata...jika krisis ini berterusan, pembangkang juga akan dipertanggungjawabkan kerana dilihat tidak mahu melakukan reformasi parlimen dilaksanakan," katanya ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program Ruang Bicara yang disiarkan di Bernama TV, hari ini,
Program itu turut disertai Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub dan Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Aira Azhari.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang mengandungi tujuh perkara yang akan dilaksanakan kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat termasuk tawaran tempoh jawatan Perdana Menteri terhad kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen,
Tawaran lain, keseimbangan jumlah keanggotaan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, serta pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik serta rang undang-undang termasuk belanjawan akan dirunding terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen sebelum dibentang di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada parti-parti politik tempatan termasuk parti pembangkang.
Mengulas lanjut, Sivamurugan bagaimanapun melihat proses untuk mencapai persefahaman itu agak sukar ketika kini kerana pendirian pembangkang nampaknya hanya mahu melihat keabsahan serta kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
"Proses pemulihan krisis kesihatan dan krisis politik ini tidak dapat dicapai tanpa dua pihak (kerajaan dan pembangkang) bersedia untuk berkorban dan berkompromi dengan tawaran itu.
"Sekarang ini bukan masa untuk rebut jawatan perdana menteri tapi rebut hati rakyat yang sedang menderita... usah terus memangsakan rakyat," katanya.
Sementara itu, Mohammad Tawfik berkata tawaran yang dikemukakan perdana menteri itu bukannya "jalan mati" politik negara, sebaliknya permulaan untuk nafas baharu dalam arena politik tempatan dan kehendak rakyat.
Katanya tawaran itu jelas disertakan dengan pelawaan kepada pembangkang untuk berunding dan membolehkan terma-terma atau keputusan akhir tawaran berkenaan dipersetujui secara konsensus.
"Elemen-elemen menolak sepenuhnya mempamerkan ada ahli politik yang tidak menunjukkan kematangan mereka...seolah-olah tiada kesungguhan untuk bersama-sama membantu untuk rakyat.
Kita tak mahu ahli politik ini dilihat berjuang untuk 'political survival' (kelangsungan politik) semata, sehingga mengabaikan kepentingan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Prof Sivamurugan Pandian berpendapat tawaran yang dicadangkan itu mempunyai impak baik jangka panjang kepada proses demokrasi negara selain mampu mewujudkan senario politik lebih matang dan berhemah. - Gambar fail/BERNAMA
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.
Fokus kepentingan 33 juta rakyat, Dewan Rakyat 2024 bakal catat sejarah baharu
Sesi dewan rakyat 2024 perlu fokus kepada kepentingan 33 juta rakyat dan bukan hanya mengangkat kepentingan 222 ahli dewan.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
Akta Parlimen Berpenggal: Laksanakan secara berasingan dengan Akta Anti Lompat Parti - Penganalisis
Akta tersebut boleh dilaksanakan tetapi harus bersifat jangka panjang dengan implementasi yang betul.
PRK Kemaman: Rangsangan dalam aspek keselamatan jika bekas PAT jadi wakil rakyat
Ia menawarkan peluang berharga dalam usaha memperkasa cabang perundangan dengan pandangan pakar berhubung isu keselamatan dan pertahanan negara.
Logo Hari Kebangsaan PN bawa retak dalam usaha bentuk perpaduan - Penganalisis
Tindakan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan logo dan tema alternatif bagi sambutan Hari Kebangsaan adalah suatu yang tidak wajar.
PRN: PN mahu cetus krisis legitimasi moral - Penganalisis
PN dilihat mahu mencetuskan krisis legitimasi moral apabila memainkan naratif kerajaan Persekutuan akan bertukar sekiranya gabungan itu menang besar dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.
PRN: Kedah jadi 'battleground' pengundi Melayu
Barisan calon yang dikemukakan setiap parti mempunyai kehebatan tersendiri berdasarkan faktor personaliti serta kekuatan masing-masing.
Belasungkawa: 'Rahmah adalah Salahuddin, Salahuddin adalah Rahmah' - Prof Siva
Susur galur dan pengalaman Allahyarham dalam bidang politik juga memberi paparan bahawa beliau seorang pemimpin yang mengetahui apa yang berlaku di peringkat bawah.
PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM
Semoga saudara dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menyumbang idea dan kepakaran kepada negara, kata Anwar di Twitter.