PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencipta kejutan apabila menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian dalam pemilihan parti pada Sabtu.
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pontian, yang hanya meraih 291 undi.
Seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan terbabit dalam proses pemilihan kali ini yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Kemenangan Ahli Parlimen Pontian itu menamatkan legasi Hasni yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian selama 22 tahun.
Pertembungan Ahmad dan Hasni sebelum ini mencuri tumpuan kerana kedua-duanya mempunyai pengalaman politik yang luas dalam UMNO.
Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut sebelum ini merupakan Pengerusi UMNO Johor dan Menteri Besar Johor.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian pula dimenangi Datuk Sumali Mohd Reduan, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian disandang oleh Jamaluddin Abd Majid. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023

Ahmad Maslan (tengah) diraikan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Pontian pada pemilihan parti di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.

Jambatan Bailey ganti sementara Jambatan Sungai Liat dijangka dibuka 30 April - Ahmad Maslan
Jambatan Bailey yang akan menggantikan sementara Jambatan Sungai Liat yang runtuh pada 20 April, dijangka boleh digunakan 30 April ini.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.