awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT' - Radzi Jidin

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2023
11:58 MYT
'Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata, solat, ibadah, hidup dan mati hanya kerana Allah SWT. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin membuat hantaran di laman Facebooknya dipercayai berkaitan dengan kekecohan di Dewan Rakyat ketika penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Mohd Radzi berkata, solat, ibadah, hidup dan mati hanya kerana Allah SWT.
"Aku tak takut kepada sesiapa selain Allah SWT," tulisnya pada Selasa.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh apabila Mohd Radzi (PN-Putrajaya) bangkit meminta Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.
Kekecohan berlarutan selama beberapa minit apabila pemimpin-pemimpin pembangkang turut bangkit mempertahankan Mohd Radzi.
Susulan itu, Johari meminta Anwar memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dibuat, namun gagal memuaskan hati pembangkang.
Mohd Radzi secara berterusan meminta keadilan bagi pihaknya dan mendesak Johari agar meminta Anwar menarik balik kenyataan itu.
Johari bagaimanapun menjelaskan, Anwar telah memberi penjelasan yang sewajarnya dan meminta semua ahli dewan duduk untuk memberi laluan penggulungan diteruskan.
Perkara itu membuatkan Mohd Radzi tidak berpuas hati dan terus bersuara serta kelihatan agak emosi.
Keengganan Mohd Radzi untuk memberi laluan kepada sesi penggulungan akhirnya menyebabkan Johari membuat keputusan memintanya keluar dewan.
Atas dasar maruah ahli Parlimen mereka, kesemua pemimpin pembangkang sepakat keluar dewan bersama Mohd Radzi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#parlimen kecoh
#tak takut
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan