awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu

Bernama
Bernama
24/02/2024
11:47 MYT
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Pelantikan itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Setiausaha AWAN Nasional, Mashitah Ismail, berkata pelantikan itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.
"Pelantikan ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran AWAN Nasional dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pelantikan itu adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Parti Amanah Negara (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan Ketua AWAN Negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan (JKP) AWAN Nasional.
Berikut senarai Ketua AWAN Negeri:
  1. Johor: Norhayati Bidin
  2. Kedah: Siti Balkhis Husain
  3. Kelantan: Dr Hafidzah Mustakim
  4. Melaka: Mazenah Baharuddin
  5. Negeri Sembilan: Zarinna Abu Zarin
  6. Pahang: Sabrina Md Yusoff
  7. Perak: Roos Lailawati Mat Johar
  8. Perlis: Che Mazlina Che Yob
  9. Pulau Pinang: Aida Yusof
  10. Selangor: Rawiyiah Zakaria
  11. Terengganu: Wan Khairani Wan Husin
  12. Wilayah Persekutuan: Rafiza Shahean @ Askolani
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#awan
#ketua AWAN negeri
#Wanita Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan