awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah saran pendekatan baharu, persaingan positif perkasa Melayu Islam

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/01/2026
06:00 MYT
Amanah saran pendekatan baharu, persaingan positif perkasa Melayu Islam
Mohamad berkata, kaedah lama yang digunakan sejak puluhan tahun lalu perlu dikaji semula bagi memastikan bantuan yang diberi mencapai sasaran. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menyarankan agar pendekatan baharu yang lebih inklusif dan berkesan dirangka dalam usaha memperkasa orang Melayu dan Islam, susulan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya satu kerangka besar parti Melayu Islam dibentuk.

Ringkasan AI
  • Amanah menyarankan pendekatan baharu yang inklusif untuk memperkasa orang Melayu dan Islam, selaras dengan cadangan Ahmad Zahid Hamidi tentang pembentukan kerangka besar parti Melayu Islam.
  • Presiden Amanah, Mohamad Sabu, menekankan perlunya kajian semula terhadap bantuan ekonomi Bumiputera agar lebih berkesan dan sasaran, serta menekankan perluasan perbincangan dengan ahli ekonomi dan intelektual.
  • Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, menegaskan bahawa pendekatan baharu perlu dibina atas asas positif tanpa naratif ketakutan atau permusuhan, serta membangunkan perpaduan orang Melayu tanpa berasaskan perasaan takut atau benci terhadap bangsa lain.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kaedah lama yang digunakan sejak puluhan tahun lalu perlu dikaji semula bagi memastikan bantuan yang diberi benar-benar mencapai sasaran serta memberi impak ketara, khususnya terhadap peningkatan ekonomi Bumiputera.
Beliau menegaskan, perbincangan melibatkan ahli ekonomi dan golongan intelektual perlu diperbanyakkan bagi merangka kaedah bantuan yang lebih tersasar dan berkesan.
"Hal Melayu Islam, kita sentiasa sedia berbincang. Cuma bagi saya, cara lama kita nak naikkan Bumiputera itu perlu dikaji semula.
“Selama hampir 70 tahun, kita melihat ekonomi Bumiputera masih sekitar 20 peratus dan tidak meningkat secara ketara.
"Bukan kita tidak bersetuju untuk terus membantu Bumiputera, malah ia penting bagi keseimbangan politik dan ekonomi negara.
"Tetapi caranya mesti dilihat semula supaya tidak berlaku kebocoran dan perbelanjaan besar yang hasilnya tidak seberapa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Temu Rapat Pidato Presiden (Pesan2026), pada Ahad.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan, pendekatan baharu dalam menyatukan orang Melayu perlu dibina atas asas yang positif dan tidak lagi berteraskan naratif ketakutan atau permusuhan dengan kaum lain.
“Kita mahu perpaduan orang Melayu atas dasar yang membina, bukan kerana takut atau membenci bangsa lain, dan bukan untuk berlawan, tetapi untuk berlumba secara sihat.
"Pendekatan lama telah terbukti tidak berkesan dan hanya membuka ruang untuk diambil kesempatan,” katanya.
Menurut beliau, pembinaan negara perlu dilaksanakan secara bersama melibatkan semua kaum bagi memastikan kestabilan dan kemajuan negara dapat dicapai melalui kerjasama serta perpaduan.
Terdahulu pada Sabtu, Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2025 mencadangkan pembentukan satu kerangka besar melibatkan parti-parti Melayu Islam sebagai usaha memperkukuh perpaduan politik dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan cadangan gabungan besar itu tertakluk kepada satu syarat utama, iaitu tidak mengganggu kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah cadangan yang dibuat oleh Parti Amanah Negara (Amanah) berkenaan pendekatan baharu untuk memperkasa orang Melayu dan Islam? A: Amanah mencadangkan pendekatan baharu yang lebih inklusif dan berkesan perlu dirangka untuk memperkasa orang Melayu dan Islam, dengan menilai semula kaedah lama bagi memastikan bantuan mencapai sasaran serta memberi impak ketara terhadap peningkatan ekonomi Bumiputera.
  • Q: Siapakah yang menegaskan bahawa pendekatan baharu untuk menyatukan orang Melayu perlu dibina atas asas yang positif? A: Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan bahawa pendekatan baharu untuk menyatukan orang Melayu perlu dibina atas asas yang positif, tidak lagi berteraskan naratif ketakutan atau permusuhan dengan kaum lain.
  • Q: Apakah syarat utama yang dinyatakan oleh Ahmad Zahid berkaitan dengan cadangan pembentukan kerangka besar melibatkan parti-parti Melayu Islam? A: Ahmad Zahid menegaskan bahawa cadangan pembentukan kerangka besar melibatkan parti-parti Melayu Islam tertakluk kepada satu syarat utama, iaitu tidak mengganggu kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Amanah
#UMNO
#Melayu
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan