awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah sasar 28 kerusi pada PRU16

Seth Akmal
Seth Akmal
09/11/2025
10:55 MYT
Amanah sasar 28 kerusi pada PRU16
Pengarah Strategi Nasional Amanah, Ahmad Sabki Yusof, berkata keputusan itu dicapai dalam Pemukiman Pilihan Raya Amanah yang diadakan awal tahun ini.
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 28 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 sebagai langkah memperkukuh kedudukan parti dalam landskap politik negara.
Pengarah Strategi Nasional Amanah, Ahmad Sabki Yusof, berkata keputusan itu dicapai dalam Pemukiman Pilihan Raya Amanah yang diadakan awal tahun ini.
“Tahun lepas saya pernah bertanya kepada Datuk Seri Presiden, berapa kerusi Parlimen yang kita nak menang pada pilihan raya akan datang.
“Abang Mat (Mohamad Sabu) jawab, sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen. Itu sasaran kita,” katanya ketika berucap di Konvensyen Amanah Nasional 2025 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, hari ini.
Ahmad Sabki turut memaklumkan bahawa senarai 28 kerusi yang disasarkan telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang kini turun padang ke setiap kawasan berkenaan bagi menilai kekuatan jentera.
Katanya lagi, Amanah juga telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah bagi memantau persiapan di semua kawasan yang disasarkan.
“Jawatankuasa (tersebut) yang akan memantau semua 28 kerusi. Kita akan memastikan kawasan yang kita sasarkan berada dalam keadaan sihat, bergerak dengan baik dan mula berkempen lebih awal. Kita tak mahu bekerja pada saat akhir kerana itu menyukarkan kita untuk menang,” jelasnya.
Ahmad Sabki menegaskan, strategi dan persiapan awal amat penting bagi memastikan Amanah dapat memperkukuh kedudukannya dalam gabungan kerajaan serta meningkatkan peluang kemenangan pada PRU akan datang.
Untuk rekod, Amanah mempunyai lapan kerusi Parlimen selepas PRU15 pada 19 November 2022.
Topic Berkaitan
#Amanah
#pilihan raya umum
#Parti Amanah Negara
#PRU16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan