awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2021
07:58 MYT
AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR
AMK Sarawak akan terus menyokong kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUCHING: Tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan keluar parti disifatkan sebagai tidak bermaruah.
Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak dalam kenyataanya mengutuk keras tindakan Larry dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong sebelum ini.
Ketua AMK Negeri, Saifunnizam Sam berkata pihaknya kesal dengan kecewa berhubung perkembangan terbaharu membabitkan bekas pengerusi Keadilan Sarawak itu.
“AMK Sarawak menghargai sumbang bakti Larry Sng sebagai Pengerusi MPN namun bertegas menzahirkan kekecewaan malah mengutuk keras tindakan kedua-dua mereka," katanya.
Bagaimanapun AMK Sarawak katanya akan kekal berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan landasan perjuangan parti sejak penubuhannya di samping menyokong penuh kepimpinan Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga yakin pengunduran Sng tidak akan menjejaskan kepimpinan parti di peringkat negeri memandangkan ketokohan ramai ahli Majlis Pimpinan Negeri yang lain sekiranya diberi peluang memimpin parti.
"Kami (AMK Sarawak) yakin semua pihak, baik di peringkat negeri mahupun cabang akan terus fokus dengan agenda kepentingan rakyat dan pelbagai gerak kerja parti di lapangan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” tegasnya.
AMK Sarawak turut mengingatkan semua wakil rakyat PKR dan Pakatan Harapan (PH) yang telah dipilih agar terus berpegang pada prinsip perjuangan serta memelihara amanah para pengundi demi kelangsungan politik mereka.
Topic Berkaitan
#Larry Sng
#AMK Sarawak
#Larry tidak bermaruah
#Saifunnizam Sam
#Ahli Parlimen Julau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan