awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota baharu Kabinet Sarawak angkat sumpah

Bernama
Bernama
07/05/2017
09:06 MYT
Anggota baharu Kabinet Sarawak angkat sumpah
Tun Abdul Taib Mahmud bergambar dengan Abang Johari (tiga,kiri) dan empat anggota Majlis Mesyuarat Negeri yang dilantik pada majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-Menteri Muda. - Bernama
Dua menteri penuh dan dua menteri muda Kabinet Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini hari ini.
Dua menteri penuh itu ialah Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan) dan Datuk Talib Zulpilip (Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi Integriti dan Ombudsmen).
Abdul Karim dan Talib sebelum ini adalah menteri muda tetapi dilantik menjadi menteri penuh dalam rombakan Kabinet negeri yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam selepas berakhirnya konvensyen khas Jasamu Dikenang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Dua menteri muda baharu yang mengangkat sumpah hari ini ialah Abdullah Saidol (Hal Ehwal Korporat di Pejabat Ketua Menteri) dan Snowdan Lawan (Belia dan Sukan).
Dalam rombakan Kabinet itu juga, pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak ketiga.
Beliau juga dilantik sebagai Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, sambil mengekalkan portfolio sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#angkat sumpah
#Astana Negeri
#kabinet Sarawak
#Ketua Menteri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan