awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar bukan bertanding di Pandan, tunggu saya umum esok - Saifuddin

Bernama
Bernama
11/09/2018
06:10 MYT
Anwar bukan bertanding di Pandan, tunggu saya umum esok - Saifuddin
Saifuddin berkata anggota parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada presiden parti itu untuk bertanding, turut akan hadir pada sidang akhbar tersebut. - Gambar fail
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim esok di Ibu Pejabat PKR.
Beliau berkata anggota parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada presiden parti itu untuk bertanding, turut akan hadir pada sidang akhbar tersebut.
"Pukul 11 pagi esok saya akan keluarkan 'press alert' mengenai pengumuman ini," katanya selepas melawat keluarga mangsa runtuhan jambatan Taman Serdang di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata pilihan raya kecil itu tidak akan berlaku di parlimen Pandan iaitu kerusi dipegang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekarang.
Sehubungan itu beliau mengucapkan tahniah kepada PAS yang telah mengerahkan jenteranya di kawasan itu kerana menjangkakan Anwar akan bertanding bagi kerusi itu.
Beliau berkata jentera parti itu mungkin bolehlah bekerja dari sekarang untuk memenangi hati rakyat di kawasan itu untuk pilihan raya umum ke-15 akan datang.
"Saya ucapkan tahniah ke atas PAS atas kerja keras mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PANDAN
#Parlimen
#PAS
#pilihan raya umum
#PKR
#Saifuddin
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan