awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2023
05:28 MYT
Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Anwar berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu ada kaitan dengan masalah dalaman parti. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, Dr P Ramasamy yang mengumumkan keluar DAP hari ini diharap dapat terus menyumbang peranan positif dalam membantu kerajaan melaksanakan pendekatan Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu ada kaitan dengan masalah dalaman parti.
Namun, katanya, beliau faham dan maklum dengan tindakan Ramasamy yang juga sahabatnya itu.
"Ramasamy sahabat saya dan tentu (beliau) dapatkan pandangan terlebih dulu dan saya faham keadaan itu... yang ada masalah khusus dalam parti.
"Saya harap beliau dapat mainkan peranan positif dalam membantu kerajaan meneruskan pendekatan madani," katanya selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik hari ini.
Pada Khamis, Ramasamy mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan keluar daripada parti itu.
Beliau yang digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang sudah mengutus surat bagi tujuan berkenaan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Kerajaan Perpaduan
#P Ramasamy
#DAP
#keluar parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan