KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang, di sini hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diriingi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sejurus mengangkat sumpah, Ahli Parlimen Tambun itu menandatangani beberapa dokumen berkaitan sebelum upacara itu diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.

Antara yang turut berada di dalam Balai Singgahsana Kecil menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun serta Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Istiadat angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ke-10


Anwar Ibrahim


LIHAT KEPUTUSAN PRU15 DI SINI



Selain itu, turut kelihatan ialah Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, ketua-ketua parti politik negara seperti Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi .

AWANI Ringkas: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10


BACA LAPOR LANGSUNG PASCA PRU15 DI SINI


Anwar, 75, yang merupakan Ahli Parlimen Tambun, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

[TERKINI] Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10

Keputusan ini dimaklumkan menerusi kenyataan Istana Negara sejurus tamat sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada pagi Khamis. 

Sebuah kerajaan perpaduan dijangka bakal dibentuk, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, tiada mana-mana parti politik memenangi kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk majoriti dalam Dewan Rakyat. 

Pelbagai rundingan dan tawar-menawar berlangsung di antara gabungan parti-parti politik di dalam negara. 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan beberapa proses untuk memilih calon Perdana Menteri. 

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan agar kerajaan perpaduan dibentuk dalam memastikan kestabilan negara dan kepentingan rakyat.

Pada Khamis, Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan, diikuti dengan kenyataan rasmi oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) menyusul tidak lama selepas itu.

Harapan besar dititahkan oleh Al-Sultan Abdullah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan baharu Baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil, resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara yang kukuh dan inklusif. 

Buat pertama kali dalam sejarah negara, keputusan PRU15 berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.

PRU15 menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara yang kukuh dan inklusif.

Menjunjung titah Al-Sultan Abdullah agar parti dan gabungan politik mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan Kerajaan perpaduan yang diterajui.

Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara yang kukuh dan inklusif.