Skip to main content

Dunia

Kapal kargo diserang di Teluk berhampiran pelabuhan Iraq - UKMTO

Imej yang dilampirkan bersama makluman itu menunjukkan insiden berlaku kira-kira 40 batu nautika di tenggara Umm Qasr di selatan Iraq. - Foto UKMTO
Imej yang dilampirkan bersama makluman itu menunjukkan insiden berlaku kira-kira 40 batu nautika di tenggara Umm Qasr di selatan Iraq. - Foto UKMTO
Advertisement

LONDON: Sebuah kapal kargo terkena peluru tidak dikenal pasti dan mengalami letupan besar ketika belayar jauh di perairan Teluk, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut UKMTO, peluru itu mengenai bahagian kanan kapal, sekali gus mencetuskan letupan besar.

Setakat ini, tiada pencemaran atau kesan terhadap alam sekitar dilaporkan.

Advertisement

Makluman itu tidak mendedahkan nama kapal, kewarganegaraan, mahupun maklumat sama ada terdapat kemalangan jiwa.

Imej yang dilampirkan bersama makluman itu menunjukkan insiden berlaku kira-kira 40 batu nautika di tenggara Umm Qasr di selatan Iraq.

Advertisement

Lokasi berkenaan terletak jauh di perairan Teluk, berhampiran kawasan maritim antara Iraq dan Kuwait.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement