KUALA LUMPUR: Lima kali bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendengar sendiri falsafah perjuangan politik Presiden PKR itu, akhirnya menemukan Datuk Afdlin Shauki pada jawapan kenapa beliau harus memilih untuk bersama-sama parti berkenaan dalam langkah politiknya.
PKR, kata Afdlin, misi parti itu, seiring dengan kecintaan beliau pada kerja-kerja kemasyarakatan.
Mendampingi rakyat, menyantuni golongan tidak berkemampuan dan membantu mengubah nasib golongan yang memerlukan adalah kerja-kerja yang sering dilakukan Afdlin selama ini di bawah payung pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Justeru, melihat ketekunan Anwar dan PKR meletakkan kebajikan rakyat pelbagai kaum sebagai keutamaaan dalam perjuangan menyebabkan seniman itu membulatkan tekad untuk berada dalam platform yang sama.
Dalam masa sama, Afdlin, 50, juga mengagumi semangat perjuangan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Kata Afdlin, segala kepayahan yang dilalui Anwar sepanjang beberapa dekad dalam gelanggang politik benar-benar menyentuh hatinya.
“Perjuangan Datuk Seri Anwar dari kaca mata saya seperti mana yang dilalui Nelson Mandela. Seperti mana Nelson Mandela melalui kepayahan sehingga dipenjara, demikian juga dengan Datuk Seri Anwar.
“Saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran beliau,” kata Afdlin dalam wawancara bersama Astro AWANI.
Mandela yang meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 2013 merupakan bekas Presiden Afrika Selatan
yang mengetuai peralihan pentadbiran negara itu daripada minoriti kulit putih pada awal 90-an selepas 27 tahun dipenjara.
Afdlin yang menempa kemasyhuran sebagai pelakon, pengarah, penyanyi dan penerbit pada Selasa mengesahkan kepada Astro AWANI memilih PKR sebagai wadah politiknya.
Penyertaan Afdlin akan diumumkan secara rasmi oleh Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada malam esok.
BACA: Afdlin Shauki sertai PKR, perjuangan politik Anwar jadi inspirasi
Pernah bersama UMNO sebelum ini, penghijrahan Afdlin ke PKR semata-mata untuk bersama-sama Anwar melakukan perubahan pada gelanggang politik dan ke arah kebaikan Malaysia untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata, Afdlin berkata, untuk melihat masa depan negara yang lebih gemilang, Malaysia harus dipimpin oleh seorang pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Datuk Seri Anwar memiliki ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan negara. Saya tidak ragu-ragu untuk bersama PKR, mahu membantu beliau membawa Malaysia ke landasan yang diperlukan,” ujar Afdlin lagi.
Selain Afdlin, rakannya, Datuk Hans Isaac juga sebelum ini dilihat semakin aktif dalam lapangan politik dan difahamkan PKR juga menjadi wadah pilihannya.
Ditanya maklum balas daripada golongan karyawan seni terhadap keputusannya untuk bergerak aktif dalam politik, Afdlin berkata, sebetulnya ramai rakan artis yang mempunyai keinginan sama sepertinya.
Namun, kebimbangan sebahagian besar daripada mereka, tegas Afdlin, ialah risau periuk nasi terjejas hanya kerana memberi sokongan secara terbuka pada parti politik pembangkang.
“Kita tidak boleh salahkan mereka kerana masing-masing perlu menjaga kerjaya. Namun, saya amat yakin, sekalipun memilih untuk bersama parti politik apa sekalipun, rezeki Allah yang akan tentukan.
“Perjuangan saya adalah untuk masa depan generasi akan datang termasuk anak-anak saya sendiri. Saya mahukan generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran di bumi Malaysia,” kata Afdlin.
Saharudin Musthafa
Wed Mar 31 2021
Datuk Afdlin Shauki mengagumi semangat perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya seperti tokoh terbilang Afrika Selatan, Nelson Mandela. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
'Saya lebih tenang, makan terjaga selepas kahwin' - Afdlin Shauki berhasrat timang zuriat
Menurut Afdlin, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Sofyank peluk anak Afdlin Shauki?- Netizen terkejut tengok foto Mia Sara
Perkongsian foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Afdlin Shauki dilantik Ahli Lembaga Penasihat DBKL
Pelantikan itu juga memperlihatkan pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan menjadi artis pertama yang memegang jawatan tersebut.
'Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan...' - Afdlin Shauki jawab dakwaan sudah berkahwin
Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
Afdlin Shauki yakin Anwar Ibrahim mampu pulih ekonomi negara
Ujar Afdlin, tidak ada individu seperti Anwar dan disebabkan hal itu, rasa kagum terhadap beliau tidak pernah meluntur.
"Menitik air mata saya ketika itu" - Afdlin Shauki dedah sebab bercerai
Afdlin mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik.