SHAH ALAM: Pembentukan kabinet dan pembentangan Bajet 2023 dijangka akan menjadi kayu ukur prestasi 100 hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
"Pastinya euforia yang kita sedang hadapi di seluruh negara ini baik.
"Untuk tempoh seminggu hingga sebulan ini, pastinya kita melihat ujian seterusnya adalah pembentukan kabinet pada 19 Disember ini dan juga pembentangan Belanjawan.
“Sama ada Belanjawan baru akan dibentangkan ataupun Belanjawan yang sama akan dibahaskan semula, itu saya tidak pasti.
“Namun pastinya itu akan menjadi kayu pengukur 100 hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kepada hala tuju negara selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Program yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar itu turut menampilkan Penganalis politik, Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh; Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan bekas ADUN Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid.
Sementara itu, Afif berkata, pendirian dan sebarang keputusan yang dibuat Anwar sebagai Perdana Menteri akan dilihat oleh ahli politik terutamanya kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, prinsip Pakatan Harapan (PH) iaitu melawan rasuah dan kleptokrasi juga akan dilihat sebagai faktor penting memandangkan pemain-pemain politik seperti Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih lagi berada dalam kerajaan.
“Ini juga akhirnya akan melihat balik kepada apa yang dijanjikan oleh PH ketika berkempen tempoh hari iaitu melawan kleptokrasi dan rasuah.
“Ini juga kita akan lihat sama ada dapat dilaksanakan atau tidak. Pastinya ia juga akan memainkan peranan penting dalam kestabilan kerajaan perpaduan,” menurutnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 25 2022

AFIF BAHARDIN: Untuk tempoh seminggu hingga sebulan ini, pastinya kita melihat ujian seterusnya adalah pembentukan kabinet pada 19 Disember ini dan juga pembentangan Belanjawan. - Gambar fail/Bernama

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Isu bakar al-Quran: Malaysia ambil pendekatan edar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia
Malaysia ambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Protes tindakan bakar Al-Quran, 1,000 peserta berarak ke kedutaan Sweden
Hampir 1,000 peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden Rasmus Paludan.

PM Anwar solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar
Rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.