Pas Kedah menganggap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Itu tegas Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya, yang menjelaskan Ahli Parlimen Port Dickson itu bukan lagi menjadi pilihan utama rakyat pada saat ini untuk mengetuai kerajaan berikutan pelbagai masalah dalaman yang wujud dalam PKR itu sendiri.
Menurutnya, penolakan terbabit tidak bermaksud Pas Kedah menyokong Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diangkat sebagai pengganti Dr Mahathir.
Sebaliknya, ia menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya semula.
"Anwar ni terus terang saya sebut (beliau) sudah cukup lama. Negara ini berkocak, berserabut, kacau dengan satu nama ini. Jadi saya kira, bukan pilihan rakyat (untuk) memilih dia jadi perdana menteri. Tak relevan dah.
“(Pilih Azmin, kah?) Tidak la juga,” ujar Ahmad.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Ahmad turut menyifatkan pertembungan kuasa antara kedua-dua pemimpin tertinggi PKR ketika ini memberikan kelebihan dan keuntungan kepada pembangkang.
Namun, jika dilihat dari sudut kebajikan rakyat dan kemajuan negara, ia merupakan satu ancaman yang amat membimbangkan.
Pada Jumaat, krisis keretakan hubungan antara Anwar dan Azmin dilihat semakin ketara apabila bekas Menteri Besar Selangor itu, tidak menghadiri Majlis Temurapat PKR Pusat yang dirasmikan Dr Mahathir di Port Dickson.
Dr Mahathir dalam ucapannya dalam majlis terebut turut mengingatkan bahawa pertelagahan akibat perebutan kuasa akan menjadi sebab Pakatan Harapan bakal ditolak rakyat.
Abdul Hadi Che Awang
Sat Jul 20 2019
Ahmad Yahaya menjelaskan Anwar (gambar) bukan lagi menjadi pilihan utama rakyat untuk mengetuai kerajaan berikutan pelbagai masalah dalaman yang wujud dalam PKR itu sendiri.
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkoban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Himpunan solidariti bantah tindakan bakar al-Quran di Kedutaan Sweden
Ahmad Yahaya berkata, himpunan solidariti itu akan bermula di KLCC sebelum berarak ke kedutaan Sweden.
Pas sedia tadbir Kedah, ganti kerajaan PH, Bersatu
Pas Kedah yakin untuk ambil alih pentadbiran negeri itu daripada kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu yang kini dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.