[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
POLITIK

Anwar umum sokongan terhadap Tun Mahathir

Astro Awani 04/03/2016 | 03:37 MYT
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan tuntutan perubahan itu perlu melibatkan reformasi institusi utama dalam negara. - Foto fail Astro AWANI/ Shahir Omar
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berseteru dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998 mengumumkan sokongannya terhadap bekas pemimpin negara itu bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan tuntutan perubahan itu perlu melibatkan reformasi institusi utama dalam negara.
Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis berkata hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihan raya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas.
BACA: Dr Mahathir, pemimpin pembangkang tandatangani deklarasi bersama
BACA: Tun Mahathir dan isteri umum keluar UMNO
BACA: Bukan kuasa Tun M tentukan siapa jadi Perdana Menteri - Bastien
Selain itu, katanya, dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh setelah diputuskan bersalah meliwat.
Baru-baru ini beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) turut mendesak Tun Mahathir untuk meminta maaf kepada rakyat terhadap tindakannya ketika memimpin negara.
Tun Mahathir akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan NGO petang ini.
Satu deklarasi bersama dijangka akan turut ditandatangani.
http://www.astroawani.com/berita-politik/dr-mahathir-pemimpin-pembangkang-tandatangani-deklarasi-bersama-97264
#Anwar Ibrahim #Dr Mahathir Mohamad #Parti Keadilan Rakyat (PKR) #PKR