awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
12:06 MYT
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Dr Kartini menegaskan, Abdul Rahman ternyata menggunakan rasional untuk kepentingan mereka dalam saat negara berdepan dengan krisis kesihatan dan kelangsungan hidup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Profesor Madya Kartini Aboo Talib menegaskan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu lebih rasional melangkaui kepentingan parti semata-mata dalam saat negara berdepan dengan krisis kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat.
"Video suara rakaman salah seorang ahli MKT UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan jelas menunjukkan beliau seiring dengan doktrin Aristotle - man is a political animal. Strategik untuk kuasa dan parti yang dilihat secara dalaman parti mungkin ada keberuntungan tetapi tidak untuk rakyat.," kata Kartini yang merujuk kepada isu audio tular yang dipercayai milik Abdul Rahman semasa membentangkan strategi parti pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu.
"Strategi itu dilihat tamak haloba kerana mementingkan nasib parti, cawangan parti dan tidak terhadap rakyat secara keseluruhan dalam saat negara berdepan dengan krisis kesihatan dan kelangsungan hidup, ternyata ahli politik menggunakan rasional mereka untuk kepentingan mereka. Trend ini tidak ada bezanya dengan agenda populis pembangkang. UMNO harus kembali kepada saf perjuangan bangsa dan agama jika ingin kekal relevan.
"Beri laluan secara organik kepada barisan pemimpin muda bagi menggantikan MKT UMNO yang semakin berkarat dan lupa diri. COVID-19 sebenarnya menguji ketahanan UMNO yang ditubuhkan sejak 1946 sebagai parti perjuangan bangsa. Jika pemimpinnya lupa diri maka pandemik ini mungkin menjadi kubur tidak bertanda untuk mana-mana pemimpin politik yang tamak," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, tular audio Abdul Rahman mengatakan UMNO akan rugi jika kes COVID-19 menurun dan ekonomi meningkat.
Abdul Rahman menafikan kenyataan yang tular itu dan mendakwa perkara itu telah disalah erti dan banyak hujah tidak dilaporkan sekali gus untuk mengelirukan keadaan.
Topic Berkaitan
#UMNO
#COVID-19
#audio tular
#Abdul Rahman Dahlan
#Kartini Aboo Talib
#Ahmad Zahid Hamidi
#MKT UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan