Skip to main content

Dunia

Pelajar sekolah di Singapura terlibat kes buli berdepan hukuman rotan

Foto CNA
DESMOND: Sekolah akan menilai beberapa faktor seperti tahap kematangan pelajar serta sama ada hukuman itu mampu memberi pengajaran dan membantu mereka memahami kesalahan yang dilakukan. - Foto CNA/Sinar Harian
Advertisement: No Ad Tag found
Advertisement: No Ad Tag found

SINGAPURA: Pelajar yang terlibat dalam kes buli di sekolah Singapura kini berdepan hukuman rotan di bawah garis panduan disiplin diperketatkan, namun kerajaan menegaskan ia hanya akan dilaksanakan sebagai pilihan terakhir.

Menteri Pendidikan, Desmond Lee berkata, hukuman tersebut hanya digunakan apabila langkah disiplin lain tidak lagi berkesan bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan.

Advertisement

Advertisement: No Ad Tag found

"Pelaksanaan hukuman rotan tertakluk kepada prosedur ketat bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin termasuk perlu mendapat kelulusan pengetua dan hanya boleh dilaksanakan oleh guru yang diberi kuasa.

"Sekolah akan menilai beberapa faktor seperti tahap kematangan pelajar serta sama ada hukuman itu mampu memberi pengajaran dan membantu mereka memahami kesalahan yang dilakukan," katanya dalam perbahasan di Parlimen pada Selasa.

Perkara itu dibangkitkan selepas ahli Parlimen meminta penjelasan berhubung pelaksanaan hukuman rotan dalam menangani kes buli di sekolah.

Perbahasan tersebut susulan pengumuman garis panduan baharu oleh Kementerian Pendidikan bulan lalu.

Di bawah garis panduan itu, pelajar boleh dikenakan antara satu hingga tiga sebatan rotan.

Bagaimanapun, hukuman tersebut hanya dikenakan terhadap pelajar lelaki selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan wanita dikenakan hukuman rotan.

Selepas hukuman dilaksanakan, pihak sekolah juga akan memantau keadaan serta perkembangan pelajar, termasuk menyediakan sesi kaunseling bagi membantu pemulihan mereka. - Agensi/Sinar Harian

 

Must Watch Video