Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sasaran kritikan perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor ekoran perbagai halangan dan birokrasi yang diterima parti itu di negeri tersebut.
Malaysiakini melaporkan Perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.
Menurut Jamzuri, apa yang Amanah Selangor mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (Harapan) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.
Ini kerana, Jamzuri mendakwa, Amanah Selangor menerima pelbagai halangan dan birokrasi daripada kerajaan negeri sehingga pihaknya sukar untuk mengadakan kuliah di surau serta menggunakan dewan-dewan yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan.
"Harapan (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa AMANAH tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan.
"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.
"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan.
"Sekiranya Amanah tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Beliau berkata demikian semasa berucap membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2016 di Shah Alam.
Sementara itu, Jamzuri turut meminta agar Amanah dapat memberi penerangan khususnya pengundi Melayu mengenai DAP dan meyakinkan rakyat bahawa parti berkenaan bukan ancaman kepada Melayu, Islam dan negara.
Katanya, pilihan raya umum akan datang merupakan medan untuk membawa isu perkauman dan parti lawan akan menjadikan DAP sebagai sasaran utama.
"Sasaran utama tentulah DAP kerana isu ini adalah 'soft spot' dalam Harapan. Isu inilah yang digunakan secara maksima pada pilihan raya umum ke-13 dan isu ini juga bakal digunakan UMNO untuk membunuh Pakatan Rakyat pada ketika itu.
"Dan saya fikir, Amanah perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya, untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bukan kepada Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita.
"Ini kita perlu yakin, kita bersikap apologetik dalam menangani isu ini. Kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan Umno dan sekutu baru mereka," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata, Amanah tidak akan malu-malu untuk berdepan dengan isu tersebut bagi menangani sentimen kebencian terhadap DAP yang akan terus dimainkan Umno bagi menjauhkan pengundi daripada Harapan.
Astro Awani
Sun Dec 11 2016
Apa yang Amanah Selangor mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (Harapan) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri. - Gambar fail
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jangan kaitkan serangan dengan aktiviti ekstremism
Orang awam dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan tragedi serangan di balai polis di Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Jemaah Islamiyah tidak lagi berpegang kepada ideologi lama
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa berkata, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) tidak lagi berpegang kepada ideologi kepimpinan terdahulu.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Malah selepas tampuk kepimpinan JI diambil alih oleh para Wijayanto, kumpulan itu juga katanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.