POLITIK
Azmin lawat Anwar di hospital

Menerusi Twitternya, Azmin memuat naik status: 'Meraikan kemenangan rakyat' dengan paparan gambar beliau bersama Anwar dilihat ceria sambil tersenyum. - Twitter Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai sebagai Menteri Besar Selangor esok antara individu melawat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.
Menerusi Twitternya, Azmin memuat naik status: 'Meraikan kemenangan rakyat' dengan paparan gambar beliau bersama Anwar dilihat ceria sambil tersenyum.
Dalam PRU14 yang baru berakhir semalam, parti pembangkang Pakatan Harapan diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalahkan parti pemerintah BN diketuai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kekalahan pertama parti tersebut sejak negara mencapai kemerdekaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami