Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini memutuskan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan drastik itu diambil kerana tindakan kedua-dua individu berkenaan pada Ahad dianggap satu pengkhianatan terbuka dan mampu menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan (PH).
“Akibat pengkhianatan terbuka yang dipimpin beberapa dalang utama, ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH.
"Jadi, ia membawa kesan kepada ekonomi dan politik seperti yang kita tengok hari ini, ringgit dan Bursa jatuh dan sebagainya.
“Oleh demikian, MPP atas keputusan secara konsensus, tak ada suara yang berbeza, telah ambil ketetapan, Azmin dan Zuraida dipecat dari keahlian serta merta,” katanya pada satu sidang media, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, kedua-dua individu berkenaan masih boleh merayu seperti biasa, namun ia terpulang kepada keputusan Lembaga Rayuan parti.
Selain itu, tambahnya, beberapa pimpinan PKR yang dilihat bersubahat atau bersama dengan Azmin dan Zuraida akan diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan sejauh mana penglibatan mereka dalam episod ‘pengkhianatan’ itu.
Buat masa ini, Saifuddin berkata, MPP tidak membincangkan sama ada kedua-dua jawatan yang kosong itu perlu dipangku serta-merta.
Firdaus Azil
Mon Feb 24 2020

Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail

PRU15: Aminuddin hanya mahu bertanding satu kerusi, serah keputusan kepada parti
Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyuarakan pendiriannya, untuk bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Indonesia lancar operasi jejaki kapal selam hilang dengan 53 anggota
Angkatan tentera laut Indonesia melancarkan operasi mencari sebuah kapal selam dengan 53 anggotanya yang dilaporkan hilang pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: 11 kluster baharu dikesan, 4 melibatkan kluster pendidikan
Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini.

Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.

COVID-19: Kes aktif melebihi 20,000, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit

Ceroboh Tanah Pusaka | Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Zakat Fitrah | Kaunter zakat fitrah pandu lalu
Bagi memudahkan orang ramai menguruskan pembayaran zakat fitrah beberapa amil zakat di Sandakan mengambil inisiatif mewujudkan kauter zakat fitrah pandu lalu. Bukan sahaja memudahkan namun ia selari dengan peraturan pematuhan SOP ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

COVID-19 | Tujuh kluster baharu sekolah di Kelantan
Jabatan Kesihatan Kelantan mengesan tujuh kluster baru membabitkan sekolah sekolah bawah kementerian pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan, YIK di seluruh Kelantan. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata dari data dua minggu sehingga 16 April lepas, 30 peratus kes aktif di kelantan membabitkan warga sekolah.

Perdana Menteri tunaikan solat Tarawih bersama penduduk kawasan Batu Caves
Muhyiddin yang tiba pada pukul 8.23 malam turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ.

Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Ia terbukti dengan pelaburan bernilai RM4 billion oleh syarikat gergasi teknologi global Microsoft hari ini.

Penyelaras Parlimen: Kemarahan Noh dangkal, membabi buta - Hilman
Kemarahan Tan Sri Noh Omar berhubung cadangan perlantikan Penyelaras Parlimen di Tanjong Karang oleh Perikatan Nasional (PN) disifatkan dangkal dan membabi buta.

Vaksin: Pekerja industri perkilangan, pembuatan di P. Pinang, Selangor diberi keutamaan
Pekerja dalam industri perkilangan dan pembuatan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Misi perdagangan ke Korea Selatan, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion - MITI
Syarikat-syarikat di Korea Selatan telah komited untuk melabur sejumlah RM7.3 bilion di Malaysia dalam masa terdekat.

Ku Li dakwa beliau pilihan terbaik untuk jawatan PM
-Saya mungkin mendapat sokongan ahli pembangkang, tetapi bukan UMNO,- kata Ku Li.

Aneh bila PM pujuk menteri UMNO kekal dalam Kabinet - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim pelik melihat tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memujuk menteri daripada UMNO untuk tidak meletakkan jawatan menteri.

Azmin Ali ketuai misi perdagangan, pelaburan ke Korea Selatan, Jepun
Misi itu merupakan langkah penting bagi meningkatkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan serta hab penyumberan untuk perniagaan global.